Soalan Lazim Sektor Pengurusan Akademik
Adakah setiap guru perlu diselia semasa proses PdP?
Ya, sekurang-kurang sekali dalam setahun.
Apakah instrumen yang diguna semasa penyeliaan PdP guru?
Instrumen Pencerapan Guru e-Cakna. Semua data guru yang telah dicerap hendaklah dihantar ke jabatan secara ‘online' .
Adakah Pengetua / Guru Besar perlu mengajar / mempunyai jadual waktu untuk PdP?
Ya. Surat Pekeliling KPM Bil.5 Tahun 1998 menetapkan Pengetua / Guru Besar perlu mengajar sekurang-kurangnya 5 waktu seminggu disamping melaksana tugas-tugas penyeliaan dan pentadbiran sekolah.
Bagaimanakah pihak sekolah boleh menggunakan khidmat kepakaran Guru Cemerlang dari sekolah lain?
Permohonan melalui surat kepada Pengarah Pendidikan Kelantan (up: Ketua Sektor Pengurusan Akademik) dengan menyatakan bidang-bidang yang diperlukan bimbingan. Khidmat Guru Cemerlang boleh digunakan pada setiap hari Rabu.
Adakah proses Latihan dalam Perkhidmatan secara ‘onsite' masih perlu diadakan disekolah walaupun peruntukan kewangan bagi tujuan latihan tidak dibekalkan?
Ya, berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2005: Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. Pegawai perkhidmatan awam hendaklah mengikuti latihan sekurang-kurangnya tujuh hari setahun.
Siapakah yang menjadi pegawai meja bagi setiap mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah-sekolah?
Prasekolah | TAHAP 1 |
TAHAP 2 (Tahun 4&5) |
TAHAP 2 (Tahun 6) |
Ting 1&2 | Ting.3 | Ting.4&5 | Ting.6 | ||||
Bahasa Melayu | Arita Hazlin Ab. Halim | Hamdan Abdul Kadir | Arita Hazlin Ab. Halim | Arita Hazlin Ab. Halim | Hamdan Abdul Kadir | Mohd Hassany Hashim | Mohd Hassany Hashim | Mohd Hassany Hashim | |||
Bahasa Inggeris | Arita Hazlin Ab. Halim | Mohd Najib Omar | Arita Hazlin Ab. Halim | Arita Hazlin Ab. Halim | Mohd Najib Omar | Mohd Najib Omar | KPP BI | KPP BI | |||
Matematik | Hj. Mohd Husaini Husain | Hj. Mohd Husaini Husain | Hj. Mohd Husaini Husain | Hj. Mohd Husaini Husain | Hjh Halizah Mohd Zain | Hjh Halizah Mohd Zain | Saharuddin Abdullah | Jk Hilmi Abdullah | |||
Sains / DST | Hjh Hamidah Hassan | Hjh Hamidah Hassan | Wan Badruddin Wan Omar | Wan Badruddin Wan Omar | Kamaruzzaman Abd Manaf | Kamaruzzaman Abd Manaf | Wan Mohd Zuri W.Abdullah | TB | |||
PJPK | Ruslan Mohd Yusof | Ruslan Mohd Yusof | Ruslan Mohd Yusof | Ruslan Mohd Yusof | Ruslan Mohd Yusof | Ruslan Mohd Yusof | Ruslan Mohd Yusof | TB | |||
Seni Visual/DSV | Mohd A'seri Mahmud | Mohd A'seri Mahmud | Mohd A'seri Mahmud | Mohd A'seri Mahmud | Mohd A'seri Mahmud | Mohd A'seri Mahmud | Mat Nawi Wahid | Mat Nawi Wahid | |||
Pend. Muzik/DM | Mohd A'seri Mahmud | Mohd A'seri Mahmud | Mohd A'seri Mahmud | Mohd A'seri Mahmud | Mohd A'seri Mahmud | Mohd A'seri Mahmud | Mohd A'seri Mahmud | TB | |||
Pend. Moral | TB | Ruslam Mohd Yusof | Ruslan Mohd Yusof | Ruslan Mohd Yusof | Ruslan Mohd Yusof | Ruslan Mohd Yusof | Ruslan Mohd Yusof | TB | |||
TMK | Siji Haja Muhamad Hashim | TB | Zuriah Muhamad | Zuriah Muhamad | TB | TB | Zuriah Muhamad | Tuan Rizal | |||
Bahasa Cina | TB | Por Soon Khiang | Por Soon Khiang | Por Soon Khiang | Por Soon Khiang | Por Soon Khiang | Por Soon Khiang | Por Soon Khiang | |||
Bahasa Tamil | TB | Mohd A'seri Mahmud | Mohd A'seri Mahmud | Mohd A'seri Mahmud | Mohd A'seri Mahmud | Mohd A'seri Mahmud | Mohd A'seri Mahmud | TB | |||
Bahasa Antarabangsa | TB | TB | TB | TB |
Por Soon Khiang Mohd A'seri Mahmud |
Por Soon Khiang Mohd A'seri Mahmud |
Por Soon Khiang Mohd A'seri Mahmud |
TB | |||
Kajian Tempatan | TB | TB | TB | Ruslan Mohd Yusof | TB | TB | TB | TB | |||
Sejarah | TB | TB | TB | TB | Che Nasir Che Hussain |
|
|
|
|||
Reka Bentuk Teknologi | TB | TB | Hjh Hamidah Hassan | Hjh Hamidah Hassan | TB | TB | TB | TB | |||
KHB1 | TB | TB | TB | TB | Zamri Zakaria | Zamri Zakaria | TB | TB | |||
PAV | Zamri Zakaria | Zamri Zakaria | TB | TB | |||||||
Matematik Tambahan | TB | TB | TB | TB | TB | TB | Saharuddin Abdullah | TB | |||
Sains Tambahan | TB | TB | TB | TB | TB | TB | Wan Mohd Zuri W.Abdullah | TB | |||
Sains Sukan | TB | TB | TB | TB | TB | TB | Ruslan Mohd Yusof | Ruslan Mohd Yusof | |||
Geografi | TB | TB | TB | TB | Zakaria Mat Yasin | Zakaria Mat Yasin | Zakaria Mat Yasin | Zakaria Mat Yasin | |||
PSK | TB | TB | TB | TB | Zakaria Mat Yasin | Zakaria Mat Yasin | Zakaria Mat Yasin | TB | |||
MP Sains Tulen & Makmal | TB | TB | TB | TB | TB | TB | Hj Rozmi Ab Rahim | Hj Rozmi Ab Rahim | |||
Fizik | TB | TB | TB | TB | TB | TB | Mohs Razali Ab Talib |
|
|||
Kimia | TB | TB | TB | TB | TB | TB | Hj Nawawi Ab Rashid | Hj Nawawi Ab Rashid | |||
Reka Cipta | TB | TB | TB | TB | TB | TB | Zamri Zakaria | TB | |||
Lukisan Kejuruteraan | TB | TB | TB | TB | TB | TB |
|
TB | |||
Teknologi Kejuruteraan | TB | TB | TB | TB | TB | TB |
|
TB | |||
ILKA | TB | TB | TB | TB | TB | TB |
|
TB | |||
ILKS | TB | TB | TB | TB | TB | TB |
|
TB | |||
SP | TB | TB | TB | TB | TB | TB |
|
TB | |||
MPV | TB | TB | TB | TB | TB | TB |
|
TB | |||
GBK | TB | TB | TB | TB | TB | TB | Siti Haja Mohd Hashim | TB | |||
PMM | TB | TB | TB | TB | TB | TB | Siti Haja Mohd Hashim | TB | |||
SRT | TB | TB | TB | TB | TB | TB | Siti Haja Mohd Hashim | TB | |||
ERT | TB | TB | TB | TB | TB | TB | Hjh Hamidah Hassan | TB | |||
KME | TB | TB | TB | TB | TB | TB | Hamdan Abdul Kadir | TB | |||
Ekonomi Asas | TB | TB | TB | TB | TB | TB | Mat Nawi Wahid | TB | |||
Perdagangan | TB | TB | TB | TB | TB | TB | Mat Nawi Wahid | TB | |||
Prinsip Perakaunan | TB | TB | TB | TB | TB | TB | Mat Nawi Wahid | TB | |||
Ekonomi | TB | TB | TB | TB | TB | TB | TB | Mat Nawi Wahid | |||
Pengajian Perniagaan | TB | TB | TB | TB | TB | TB | TB | Zamri Zakaria | |||
Pengajian Am | TB | TB | TB | TB | TB | TB | TB | Che Nasir Che Hussain | |||
KMK | TB | TB | TB | TB | TB | TB | TB | Hamdan Abdul Kadir |
Catatan: TB = Tidak berkaitan
Sains & Matematik
Apakah Definisi Literasi dan Numerasi ?
- Literasi adalah kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan majmuk yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.
- Manakala Numerasi adalah kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan seharian.
Bilakah program LINUS akan dilaksanakan ?
Program ini akan dilaksanakan bermula pada tahun 2010 (Kohot 1) melibatkan murid-murid di tahun 1 yang akan disaring melalui Saringan 1 (Mac), Saringan 2 (Jun) dan Saringan 3 (September).
ICT dan Pengkomputeran
Apakah mata pelajaran di bawah Kurikulum ICT & Pengkomputeran ?
- Mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk Sijil Pelajaran Malaysia
- Mata pelajaran TMK untuk Tahap 2 sekolah rendah
- Program ‘ICT For Literacy' (ICTL) untuk sekolah rendah dan menengah
Apakah program-program ICT yang utama yang berada di bawah pengurusan Bidang ICT dan Pengkomputeran?
Antara program ICT yang diurus oleh Bidang ICT dan Pengkomputeran ialah Program ICTL for Primary School, Program ICTL for Secondary School, Latihan Guru Program VLE.
Bolehkah sekolah saya menawarkan mata pelajaran ICT tanpa kelulusan JPN Kelantan?
Tidak boleh. Mata pelajaran ICT merupakan mata pelajaran terkawal. Pihak sekolah perlu mengemukakan permohonan bertulis kepada JPN Kelantan.
Jika sekolah kami ingin menawarkan mata pelajaran ICT, apakah tindakan yang perlu kami ambil ?
Program sekolah perluasan bagi mata pelajaran sudah ditangguh. Walau bagaimanapun, mana-mana sekolah yang ingin menawarkan mata pelajaran ICT perlu mengemukakan surat permohonan sekurang-kurangnya dua tahun sebelum mata pelajaran itu boleh dilaksanakan di sekolah. Surat permohonan perlu dikemukakan kepada Pengarah Pelajaran Kelantan. Bidang ICT dan Pengkomputeran, Sektor Pengurusan Akademik akan mengatur pemantauan ke sekolah berkenaan bagi memastikan sama ada sekolah memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk menawarkan mata pelajaran ICT.
Apakah kriteria untuk menawarkan mata pelajaran ICT?
BPK, KPM telah menetapkan bahawa sekolah perlu memenuhi sekurang-kurangnya kriteria minimum untuk menawarkan mata pelajaran ICT, iaitu:
- Mempunyai kemudahan makmal komputer.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 20 unit komputer yang dirangkaikan dan berfungsi dengan baik.
- Mempunyai kemudahan internet.
- Mempunyai guru opsyen major ICT (diploma/ijazah). Guru yang hanya mempunyai opsyen minor ICT tidak layak mengajar mata pelajaran ini.
Berapakah bilangan pelajar dalam 1 kelas mata pelajaran ICT?
Maksimum 20 orang pelajar dalam 1 kelas dengan kadar 1 pelajar : 1 PC. Jika sekolah mempunyai ramai pelajar yang ingin mengikuti mata pelajaran ini, pihak sekolah dikehendaki membuka kelas ICT yang lain.
Adakah Program ICTL for Primary School dan ICTL for Secondary School wajib dilaksanakan di sekolah?
Sekolah yang mempunyai kemudahan makmal komputer diwajibkan melaksanakan Program ICTL bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Bagi sekolah kurang murid (SKM), Program ICTL wajib dilaksanakan sekiranya sekolah mempunyai kemudahan bilik komputer dengan sekurang-kurangnya 5 unit komputer.
Adakah sekolah yang melaksanakan Program ICTL mendapat peruntukan PCG?
Tidak. ICTL adalah program dan bukan mata pelajaran. Oleh kerana itu, sekolah yang melaksanakan Program ICTL sama ada sekolah rendah ataupun sekolah menengah tidak mendapat peruntukan PCG.
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan huraian Sukatan Pelajaran dan rancangan tahunan bagi setiap mata pelajaran?
Tuan / Puan boleh muat turun (download) dari laman web BPK, Kementerian Pelajaran Malaysia di URL: http://www.moe.gov.my/bpk/
Kajian Kemasyarakatan
Apakah mata-mata pelajaran di bawah Unit Kajian Kemasyarakatan?
Sejarah, Geografi, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Moral, Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sains Sukan.
Teknik & Vokasional
Bagaimanakah caranya jika pihak sekolah ingin menawarkan mata pelajaran elektif teknik dan vokasional aliran kejuruteraan di tingkatan 4?
Permohonan diajukan terus ke :
Bahagian Kurikulum Teknik Dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 5, Blok E 14, Parcel E,
Pusat Pentabdiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Tel: 03-8884 5154
Salinan permohonan tersebut dihantar kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan:
- Unit Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah
- Unit Teknik Vokasional, Sektor Pengurusan Akademik
- Unit Penilaian & Peperiksan.
Kami mempunyai 28 tetamu dan tiada ahli di talian
© 2012 Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan » Kemaskini pada 20/01/2019
Paparan terbaik : Mozilla Firefox 15.0 / Google Chrome 23 dan ke atas (1200 x 800 pixels) | Menyokong Paparan Mobil