SOALAN LAZIM SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

UNIT TATATERTIB DAN KEUTUHAN

Apakah dokumen sokongan yang diperlukan semasa mengemukakan borang permohonan kelulusan penerimaan hadiah oleh Jabatan penerima?

  • Berdasarkan Peraturan 6 Pekeliling Perkhidmatan bil.3 tahun 1998 penerima hadiah perlu mengemukakan suatu laporan bertulis kepada Ketua Jabatan dengan mengandungi perihal lengkap dan anggaran nilai hadiah yang diterima.
  • Berdasarkan Peraturan 7 Pekeliling yang sama, penerimaan hadiah yang dianggap tidak sepadan dengan maksud hadiah itu diberi (melebihi 1/4 emolumen bulanan atau melebihi RM 500) hendaklah dilaporkan kepada Ketua Jabatan untuk kelulusan menggunakan borang di Lampiran A
  • Berdasarkan Peraturan – peraturan 8(4) & (5) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Pindaan 2002 adalah menjadi peranan Ketua Jabatan samada membenarkan hadiah itu disimpan oleh si penerima atau mengarahkan hadiah itu dipulangkan melalui Ketua Jabatan.

 

Bilakah seseorang pegawai itu dikehendaki mengisytiharkan harta?

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2002 seseorang pegawai awam perlu mengisytiharkan harta:

  • Setelah memegang jawatan dalam sektor awam.
  • Pegawai yang pernah mengisytiharkan harta tetapi tempohnya telah melebihi lima tahun.
  • Pengisytiharan harta tambahan sekiranya dalam tempoh tersebut pegawai telah memperolehi apa-apa harta.
  • Pengisytiharan pelupusan harta sekiranya dalam tempoh tersebut pegawai ada melupuskan harta.
  • Bila diarahkan oleh ketua jabatan untuk membuat pengisytiharkan harta.

 

Berapa lama tempoh yang diberikan kepada pegawai yang baru dilantik ke dalam perkhidmatan awam untuk mengisytiharkan harta?

Mengikut Peraturan 9 Pekeliling Perkhidmatan bil. 3 tahun 2002 seseorang pegawai yang baru dilantik ke dalam perkhidmatan awam hendaklah membuat pengisytiharan harta setelah melapor diri dengan melengkapkan borang JPA(T) 1/02 tidak lewat daripada tiga puluh (30) hari selepas pegawai melaporkan diri.

Berapa lama tempoh seseorang pegawai boleh memegang jawatan pekerjaan luar?

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan bil. 1 tahun 1999, tempoh kelulusan untuk memegang jawatan pekerjaan luar dihadkan selama satu (1) tahun tetapi pemohon boleh membuat permohonan perlanjutan dengan menggunakan borang yang sama dan mengemukakan permohonan tersebut sebelum tamat tempoh kelulusan yang sedang berkuatkuasa.

 

UNIT PERJAWATAN DAN PERKHIDMATAN 

Urusan Tanggung Kerja :

Apakah dimaksudkan dengan Penanggungan Kerja ?

Penanggungan Kerja bermaksud pelaksanaan tugas suatu jawatan lain oleh seseorang pegawai disamping melaksanakan tugas jawatannya sendiri bagi suatu tempoh yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus yang berkenaan.

Apakah peraturan-peraturan didalam Penangunggan Kerja ?

  • Terdapat kekosongan jawatan secara hakiki atau operasi
  • Tugas jawatan yang kosong itu mustahak dilaksanakan secara berterusan supaya fungsi organisasi tidak terjejas
  • Arahan penanggungan kerja seseorang pegawai hendaklah dibuat secara bertulis oleh Ketua Jabatan
  • Tempoh penanggungan kerja hendaklah tidak lebih enam bulan. Sekiranya ada keperluan, Ketua Jabatan hendaklah membuat permohonan semula supaya pegawai diluluskan untuk terus menanggung kerja kepada Pihak Berkuasa Melulus
  • Tarikh kuat kuasa penanggungan kerja hendaklah tarikh pegawai melaksanakan tugas jawatan yang ditanggung kerja dan bermula daripada hari bekerja. Sekiranya tempoh penanggungan kerja berakhir pada hari cuti mingguan dan kelepasan am, tempoh tersebut boleh diambil kira untuk tujuan pembayaran elaun penanggugnan kerja
  • Ketua Jabatan boleh memperakukan kepada pihak berkuasa melulus untuk menamatkan penanggungan kerja seseorang pegawai atau mengarahkan pegawai lain untuk menanggung kerja jika difikirkan perlu, misalnya tidak berpuas hati dengan prestasi pegawai yang menanggung kerja dan
  • Jika penanggungan kerja pegawai terputus selama 14 hari atau lebih, Ketua Jabatan hendaklah membuat perakuan baru kepada pihak berkuasa melulus sama ada meneruskan penanggungan kerja pegawai berkenaan atau memperaku pegawai lain.

Siapakah yang layak untuk diperakukan menanggung kerja ?

  • Pegawai yang disahkan dalam perkhidmatan
  • Sekiranya tiada pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan. Pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun boleh diperakukan
  • Keutamaan untuk penanggungan kerja hendaklah diberi kepada pegawai yagn paling layak dari segi pengalaman, kelayakan kemahiran, kepakaran dan berprestasi baik

Apakah syarat-syarat bagi Pembayaran Elaun Penanggungan Kerja ?

Pegawai yang telah diluluskan penanggungan kerja hendaklah dibayar Elaun Penanggungan Kerja tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

  • Telah melaksanakan tugas jawatan yang ditanggung kerja selama dua puluh lapan (28) hari berturut-turut termasuk hari cuti mingguan, kelepasan am dan juga cuti rehat atas sebab-sebab kecemasan serta cuti sakit secara terkumpul yang tidak melebihi daripada lima (5) hari bekerja.
  • Seseorang pegawai yang sedang menanggung kerja tetapi kemudiannya meninggalkan tugas jawatan yang ditanggung kerja itu selama empat belas (14) hari atau lebih berturut-turut, iaitu termasuk cuti mingguan dan kelepasan am, maka pembayaran Elaun Penanggungan Kerja hendaklah dihentikan.
  • Seseorang pegawai yang pernah diluluskan menanggung kerja dan kemudiannya diluluskan menanggung kerja jawatan yang sama, boleh dibayar Elaun Penanggungan Kerja sekiranya tempoh penanggungan kerja kali kedua dan seterusnya tidak kurang empat belas (14) hari berturut-turut termasuk cuti mingguan dan kelapasan am. Dalam konteks ini, jawatan yang sama bermaksud jawatan yang pernah ditanggung kerja sebelumnya; dan
  • Jika pegawai yang menanggung kerja layak menerima Bayaran Lebih Masa, bayaran tersebut hanya boleh dibayar bagi tugas yang dilaksanakan selepas dua (2) jam lima belas (15) minit daripada waktu bekerja pejabat . (Pengiraan Bayaran Lebih masa bagi pegawai yang menanggung kerja

 

JAWATAN KUMPULAN

Nyatakan pegawai yang layak untuk dipertimbangkan masuk ke Jawatan Kumpulan.

 

Pegawai yang layak untuk dipertimbangkan masuk ke Jawatan Kumpulan mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 2 Tahun 2009 adalah seperti berikut:-

 

i.

Pegawai yang menghadapi masalah kesihatan

 

-

Masalah sakit yang berpanjangan melebihi enam (6) bulan;

 

-

Menghidap sakit tibi, kusta, barah atau sakit yang setaraf dengannya; dan

ii.

Pegawai yang menghadapi masalah sakit mental.

iii.

Pegawai yang diluluskan cuti tanpa gaji

 

-

Cuti tanpa gaji mengikut pasangan.

 

-

Cuti tanpa gaji menjaga anak.

 

-

Cuti tanpa gaji urusan persendirian melebihi 360 hari secara berterusan.

iv.

Pegawai yang berprestasi rendah

 

-

Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan kurang dari pada 60% selama dua (2) tahun berturut-turut; dan

 

-

Berasaskan latar belakang perkhidmatannya, pegawai tidak sesuai untuk diambil tindakan tatatertib.

v.

Pegawai yang disyaki telah melakukan kesalahan

vi.

Pegawai yang perlu ditempatkan ke Jawatan Kumpulan Atas Kepentingan Perkhidmatan Pendidikan

CUTI

Bolehkah seseorang penjawat awam yang sedang cuti sakit bercuti ke luar Negara?

 

Mengikut Perintah Am 17 (c) Bab C cuti sakit hendaklah dihabiskan di hospital atau di rumah pegawai.

 

UNIT NAIK PANGKAT

Urusan Kenaikan Pangkat :

Apakah peluang dan laluan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah ?

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) mempunyai sebanyak 10 jenis laluan pemangkuan dan kenaikan pangkat: a)Laluan Hakiki mempunyai 4 jenis laluan :

  • Bidang Umum/Teknikal/Pendidikan Islam
  • Laluan Di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Aminudin Baki (IAB)
  • Laluan Guru Tingkatan 6
  • Laluan Di Kolej Matrikulasi

 

b)Laluan Cemerlang mempunyai 3 jenis laluan :

  • Pengetua Cemerlang
  • Pegawai Cemerlang
  • Guru Cemerlang

 

c)Laluan Time-Based mempunyai 2 jenis laluan :

  • Time-Based (KUP)
  • Time-Based (KUP) Ex-PPPLD

 

d)Laluan Khas PPPS Guru-Besar Ex-PPPLD

 

Apakah peluang dan laluan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah ?

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) mempunyai 5 jenis laluan pemangkuan dan kenaikan pangkat: a) Hakiki mempunyai 1 jenis laluan :

  • Bidang Umum/Cina/Tami

 

b) Cemerlang mempunyai 3 jenis laluan:

  • Guru Besar Cemerlang
  • Guru Cemerlang

 

c) Laluan Time-Based

 

Urusan Anjakan Gaji

Apakah yang di maksudkan dengan Anjakan Gaji ?

Anjakan Gaji ertinya pergerakan gaji daripada matagaji semasa ke matagaji di tangga berikutnya pada satu peringkat yang lebih tinggi dalam jadual gaji matriks Sistem Saraan Malaysia.

Apakah syarat-syarat bagi mendapatkan Anjakan Gaji?

Syarat-syarat bagi mendapatkan Anjakan Gaji bagi melayakan seseorang kakitangan ditimbangkan untuk mendapat Anjakan Gaji seperti berikut:

  • Telah disahkan dalam jawatan
  • Telah lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang ditentukan
  • Telah berkhidmat tidak kurang dari 3(tiga) tahun secara tetap
  • Mencapai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya 80% dan ke atas bagi tahun terkini
  • Diperakukan oleh Ketua Jabatan

Bolehkah atau tidak seseorang pegawai awam menerima anjakan gaji kali kedua dan apakah syarat-syaratnya?

Seseorang pegawai awam boleh menerima anjakan gaji kali kedua dengan memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Telah lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang ditentukan
  • Berada digred berkenaan tidak kurang daripada satu (1) satu tahun
  • Mencapai tahap prestasi yang baik (80% dan ke atas)
  • Diperakukan oleh Ketua Jabatan

 

Urusan Prestasi :

Apakah tujuan Penilaian Prestasi dibuat?

Penilaian Prestasi merupakan sebahagian daripada sistem pengurusan personel yang penting yang boleh digunakan untuk membantu setiap pegawai meningkatkan prestasi kerja dan kerjaya pegawai.

Siapakah yang dimaksudkan dengan Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK)?

  • Maksud penilai pertama (PPP) ialah pegawai atasan atau penyelia yang terdekat kepada PYD dan mempunyai hubungan kerja secara langsung atau yang mengawasi kerjanya.
  • Maksud pegawai penilai kedua (PPK) ialah pegawai atasan yang terdekat kepada PPP dan mempunyai hubungan kerja dengan PYD. (Jika hanya terdapat satu peringkat penyeliaan, maka penilaian bolehlah dibuat oleh PPP sahaja)

 

Apakah syarat-syarat di dalam penentuan PPP dan PPK?

  • Mempunyai hubungan kerja dan penyelesaian secara langsung di antara PYD dan PPP
  • Gred PPP lebih tinggi daripada gred PYD
  • Tiada hubungan kekeluargaan terdekat di antara PYD dan PP/PPK
  • Tempoh penyeliaan tidak kurang daripada 6 bulan dalam tahun penilaian
  • PYD yang diselia oleh lebih daripada seorang PPP dalam tempoh masa yang berbeza dan tidak ada pegawai kanan lain yang layak membuat penilaian, maka PPP yang paling lama tempoh penyeliaannya bolehlah membuat penilaian ke atas PYD
  • Jika tiada PPP yang layak menilai kerana tempoh penyeliaannya kurang 6 bulan dalam tahun yang dinilai, penilaian dibuat oleh pegawai yang lebih tinggi yang terdekat dan mempunyai hubungan kerja dengan PYD
  • Jika LNPT tahunan tidak disediakan oleh PPP telah bersara, meletak jawatan atau tidak dapat di kesan, laporan prestasi PYD hendaklah disediakan oleh PPK

 

UNIT HRMIS

Apakah fungsi Unit HRMIS?

Menyelaras dan memantau perlaksanaan HRMIS di peringkat agensi khususnya aktiviti-aktiviti praperlaksanaan, semasa perlaksanaan dan selepas perlaksanaan sesuatu modul atau sub modul HRMIS.

      • Memastikan semua data asas HRMIS di sahkan dan sentiasa di kemaskini.
      • Sebagai Point of References kepada pengguna agensi dalam pelaksanaan HRMIS.
      • Bertindak sebagai meja bantuan (Helpdesk) HRMIS iaitu menyelesaikan masalah pengguna di agensi berkaitan pengoperasian aplikasi HRMIS.
      • Menguruskan latihan / taklimat / bengkel pengemaskinian maklumat aplikasi HRMIS kepada pengguna dan membangunkan kepakaran untuk menggunakan aplikasi HRMIS di agensi.
      • Bertindak sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Perlaksanaan HRMIS dan Pasukan Teras di agensi.
      • Menyelaras penyediaan infrastuktur yang di perlukan seperti kemudahan tapak / bilik dan rangkaian bagi perlaksanaan HRMIS
      • Pusat rujukan data peringkat agensi.
      • Menyediakan laporan status pelaksanaan HRMIS di peringkat agensi dari semasa ke semasa.

 

Mengapakah kita perlu mengemaskini HRMIS?

Sub modul rekod peribadi adalah asas yang dilaksanakan oleh modul-modul eghrmis yang lain dan EGL Surat Jaminan Elektronik yang akan dijana di Klinik/Hospital Kerajaan memerlukan maklumat berkenaan. Surat dari Sekolah/Jabatan tidak diperlukan lagi.

Unit bertanggungjawab : Unit HRMIS

 

Apakah jenis-jenis hasil yang dikutip oleh Unit Akaun?

Jenis-jenis kutipan hasil adalah seperti berikut:

i. Pelbagai pendaftaran (permit sekolah swasta/pusat tuisyen dll)

ii. Yuran warganegara asing.

iii. Jualan borang tender.

iv. Pemulangan bayaran balik tuntutan akaun sekolah.

v. Pemulangan bayaran balik emolumen.

vi. Kutipan hasil tahun lepas/terimaan perkhidmatan.

vii. Bayaran sewa kantin/bangunan pejabat/kediaman

viii. Jualan harta benda kerajaan atau borang cetakan yang lain.

ix. Bayaran Denda/hukuman pegawai awam.

x. Sumbangan kutipan wang amanah jabatan.

xi. Lain-lain bayaran balik.

 

UNIT AKAUN

 Bolehkah pembelian peralatan ICT menggunakan peruntukan PCG dan peruntukan wang SUWA?

Mengikut SPK 8/2012 dalam maksud perbelanjaan membenarkan perolehan ICT menggunakan bantuan PCG kecuali LPBT sekolah yang mana pihak sekolah perlu mengikut tatacara perolehan ICT yang berkuat kuasa dengan mendapatkan kelulusan dari JKICT terlebih dahulu dan mengikut Tatacara Pengurusan Kewangan Kumpulan Wang Sekolah Bab. 3 para 3.4.3 ( c ) kegunaan lain wang SUWA sekolah wajib mendapatkan kelulusan KPTJ bagi perolehan selain dari yang dibenarkan.

Kami mempunyai 137 tetamu dan tiada ahli di talian

© 2012 Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan » Kemaskini pada 20/01/2019
Paparan terbaik : Mozilla Firefox 15.0 / Google Chrome 23 dan ke atas (1200 x 800 pixels) | Menyokong Paparan Mobil

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian| Hakcipta

JPA SPP 

Peperiksaan 2019

pratetap
Gaya utama
Corak
Warna
Tukar
Text Size
Tetapan Lalai
Besarkan Saiz Teks
Kurangkan Saiz Teks
Blog KPM
Hubungi Kami Di Facebook
RSS Feed Kami