SOALAN LAZIM : SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

1. Apakah syarat-syarat seseorang murid untuk membuat permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh( Tingkatan 1 dan 4)?

 Tingkatan 1

Menduduki UPSR

Membuat Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh secara online sahaja melalui laman sesawang www.moe.gov.my

Tarikh tutup permohonan boleh dirujuk di laman sesawang KPM yang akan dikemaskini dari masa ke semasa

 

Tingkatan 4

 Menduduki PT 3

Membuat Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh secara online sahaja melalui laman sesawang www.moe.gov.my

Tarikh tutup permohonan boleh dirujuk di laman sesawang KPM yang akan dikemaskini dari masa ke semasa.



2. Bagaimanakah cara-caranya seorang kanak-kanak warganegara untuk memasuki persekolahan lebih awal?

Mengikut Surat Siaran KPM (KP(BS?PSR)8502/03/005/Jld.22 (10) yang bertarikh 05 Mac 2003 di mana KPM bersetuju untuk mempertimbangkan permohonan masuk awal bagi kanak-kanak bawah umur yang lahir mulai 2 Januari hingga 15 Januari pada tahun persekolahan berkenaan dengan beberapa syarat:

  1. Telah mengikuti kelas tadika
  2. Mencapai tahap yang munasabah dari segi 'mental and reading age'
  3. Menghadiri sesi  temuduga  yang dikendalikan oleh pegawai Jabatan Pendidikan Negeri
  4. Terdapat kekosongan tempat di sekolah yang dipohon.Pertimbangan permohonan adalah berdasarkan merit 'case by case'
  5. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pendidikan Negeri berkenaan dengan menyertakan bersama-sama sijil lahir, surat pengesahan persekolahan tadika dan laporan kemajuan murid yang disahkan.
  6. Jabatan Pendidikan Negeri hendaklan memanjangkan semua permohonan termasuk perkara 3 dan 5 serta sokongan daripada Pengarah Pendidikan Negeri kepada Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

3. Bagaimanakah kanak-kanak bukan warganegara boleh mendapat pendidikan di negara kita?

Mengikut Surat Siaran KPM yang bertarikh 6 Ogos 1997 mengenai Panduan Kemasukan Murid-Murid Asing ke Sekolah Kerajaan:

  • Permohonan masuk belajar telah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru Besar/Pengetua tidak dibenarkan menumpangkan murid murid berkenaan sementara menunggu kelulusan
  • Murid berkenaan telah mendapat Pas Pelajar dari Jabatan Imigresen Malaysia
  • Ibu bapa murid telah menjelaskan "Fee Sekolah" yang dkitetapkan oleh Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7/1995.
  • Murid warga asing tidak dibenarkan memohon pertukaran sekolah seperti murid warganegara Malaysia. Jika mereka berpindah ke tempat baru,ibu bapa perlu membuat permohonan semula masuk ke Sekolah Kerajaan

 

 4. Bagaimanakah proses kemasukan murid ke prasekolah

  • Calon perlu mengisi borang kemasukan prasekolah
  • Calon berumur 4 hingga 6 tahun layak memohon tetapi keutamaan diberi kepada calon berumur 6 tahun.
  • Pemilihan berdasarkan perkapita ibubapa pemohon

5.   Bagaimanakah caranya murid-murid untuk memasuki Peringkat Saringan Permata Pintar?

  •        Ujian  Saringan Permata Pintar adalah percuma
  •        Permohonannya ialah dengan cara Ibu bapa boleh mengakses laman web : http://ukm1.permatapintar.edu.my
  •        Manakala untuk mengetahui maklumat lanjut tentang program PERMATA Pintar boleh diperolehi melalui laman  
  •        web: http//www.ukm.my/permatapintar

6.    Bagaimanakah Proses Permohonan Pertukaran guru secara atas talian?

  •     Guru boleh mengakses dan  melayari  lawan web Kemeterian Pendidikan Malaysia dan memasuki e-perkhidmatan di bawah Sistem   
  •     Pertukaran Guru (eg-tukar)
  •     Guru Perlu mendaftar dan mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan dalam eg-tukar tersebut.
  •     Permohonan pertukaran di antara negeri,dearah dan dalam negeri sesi Jun 2015 bermula pada 01 hingga 25 April 2015.     

            

 

Kami mempunyai 57 tetamu dan tiada ahli di talian

© 2012 Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan » Kemaskini pada 20/01/2019
Paparan terbaik : Mozilla Firefox 15.0 / Google Chrome 23 dan ke atas (1200 x 800 pixels) | Menyokong Paparan Mobil

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian| Hakcipta

JPA SPP 

Peperiksaan 2019

pratetap
Gaya utama
Corak
Warna
Tukar
Text Size
Tetapan Lalai
Besarkan Saiz Teks
Kurangkan Saiz Teks
Blog KPM
Hubungi Kami Di Facebook
RSS Feed Kami