SOALAN LAZIM SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

 

* SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) 2017

1.Bilakah tarikh pendaftaran STPM 2017 bagi Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Swasta dan Calon Persendirian Individu?

- Tarikh pendaftaran STPM bagi Calon Sekolah Kerajaan ialah mulai 16 Jun hingga 15 Julai 2016 dan manakala tarikh  bagi Calon Sekolah         Swasta /Persendirian ialah pada  9-23  Januari 2017.

2.Bilakah tarikh tutup pendaftaran STPM bagi calon yang gagal memasuki IPTA?

- Tarikh tutup ialah satu minggu selepas keputusan memasuki IPTA diumumkan. ( Calon dikehendaki mengemukakan kad permohonan memasuki IPTA sebagai bukti ).

3.Bila tarikh Ujian Lisan Bahasa Arab (ULBA) bagi tahun 2017 ?

- Tarikh Ujian Lisan Bahasa Arab (ULBA) ialah pada 10,11,12,16,17 dan 18 Oktober 2017.

4.Bilakah tarikh Peperiksaan Bertulis STPM 2017?

- Tarikh Peperiksaan Bertulis STPM 2017 ialah penggal 1 (15,16,17 dan 21 nov 2016). Penggal 2 (22-25 Mei 2017). Penggal 3 (6,7,8,9 dan 14 Nov 2017). Ulangan Penggal 1 (15, 16, 20 dan 21 Nov 2017). Ulangan Penggal 2 (22,23,27 dan 28 Nov 2017).

5.Adakah proses Latihan dalam Perkhidmatan secara ‘onsite' masih perlu diadakan di sekolah walaupun peruntukan kewangan bagi tujuan latihan tidak dibekalkan?

- Ya, berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2005: Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. Pegawai perkhidmatan awam hendaklah mengikuti latihan sekurang-kurangnya tujuh hari setahun.

 

* MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST TAHUN 2017

1.Bilakah tarikh pendaftaran MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST(MUET) bagi sesi Mac, sesi Julai dan November 2017 ?

- Tarikh pendaftarannya: Sesi Mac (1 Nov. 2016 - 9 Jan 2017), Sesi Julai (15 mac - 11 Mei 2017), Sesi November (2 Jun - 1 Ogos 2017)

2.Bilakah tarikh Ujian Speaking MUET 2017?

- Tarikh Ujian Speaking MUET 2017: Sesi Mac (13,14,15,16,20 dan 21 Feb 2017), Sesi Julai (11,12,13,17,18 dan 19 julai 2017), Sesi November (4,5,9,10,11 dan 12 Nov 2017)

3.Bilakah tarikh Ujian Bertulis MUET 2017?

- Tarikh Ujian Bertulis MUET 2017: Sesi Mac (11 Mac 2017), Sesi Julai (5 Ogos 2017), Sesi November (4 November 2017) 

* SIJIL-SIJIL PEPERIKSAAN

1.Di manakah calon-calon peperiksaan boleh mendapatkan sijil-sijil peperiksaan yang telah diduduki?

- Sijil atau Penyata peperiksaan UPSR, PMR dan SPM di keluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) manakala Sijil atau Penyata STPM dan MUET dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) setahun selepas keputusan peperiksaan tersebut diumumkan. Calon-calon sekolah boleh mendapatkan sijil-sijil peperiksaan masing-masing di sekolah di mana calon telah menduduki peperiksaan tersebut. Manakala calon-calon persendirian boleh datang ke Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pedidikan Negeri untuk mendapatkan sijil peperiksaan masing-masing atau memohon melalui pos dengan menyertakan sampul Pos Ekpress beralamat sendiri, salinan kad pengenalan yang telah disahkan dan salinan slip keputusan peperiksaan berkenaan.

2.Adakah pihak LP atau MPM mengenakan bayaran kepada pemilik sijil yang lewat mengambil sijil mereka?

- Hanya sijil yang dikeluarkan oleh MPM sahaja yang dikenakan bayaran. Setelah 18 bulan sijil berada di sekolah atau JPN, pihak MPM akan mengutip semula semua sijil STPM yang belum dituntut. Pihak MPM akan mengenakan bayaran RM50.00 bagi pemilik yang menuntut sijil selepas itu

3.Bolehkah sijil yang telah rosak atau sijil yang hilang diganti dengan sijil yang baru?

- Tidak boleh. Pihak LP atau MPM hanya akan mengeluarkan salinan kepada sijil asal.

4.Bagaimanakah cara untuk mendapatkan salinan sijil yang telah rosak/hilang?

- Pemilik sijil boleh membuat permohonan mendapatkan salinan sijil dengan mengisi Borang Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan yang boleh didapati dari Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri atau portal mpm.edu.my dan lp.moe.gov.my dan menghantar/poskan terus ke LP atau MPM.

*PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3 2017)

Ujian Lisan Bertutur B.M, B.I dan B. Arab KBD - Tarikh 2-30 April 2017

Ujian Pelbagai Instrumen Sejarah- Tarikh 2-26 Mei 2017

Ujian Pelbagai Instrumen Geografi- Tarikh 9-31 Julai 2017

Ujian Lisan Mendengar  B.M - Tarikh 22 Ogos 2017

Ujian Lisan Mendengar  B.I - Tarikh 23 Ogos 2017

Ujian Lisan Mendengar  B.Arab KBD - Tarikh 24 Ogos 2017

Ujian Tilawah dan Hafazan Maharat Al Quran dan Hafiz Al Quran KBT- Tarikh 10-22 September 2017

Ujian Bertulis PT3 - Tarikh 9-12 Oktober 2017

* PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV 2017)

Ujian Bertulis - Tarikh 9-11 Oktober 2017

* SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM 2017)

Kerja kursus- Tarikh 1 Mac - 31 Julai 2017

Ujian Lisan - Tarikh 17 - 27 Julai 2017

Ujian Bertulis - Tarikh 30-31 Okt dan 1 Nov 2017

* SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017

Ujian Lisan -Tarikh 6 Jun - 1 Julai 2017

Ujian Bertulis 6 Nov - 4 Dis 2017

* SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPMU 2017)

Ujian Lisan - Tarikh 6 Jun - 1 Julai 2017

Ujian Bertulis - Tarikh 6-8 Jun 2017

* UJIAN PECAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2017 (UPSR)

Ujian Bertulis- Tarikh 11-14 dan 18 Sept 2017

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari : Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia

Kami mempunyai 27 tetamu dan tiada ahli di talian

© 2012 Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan » Kemaskini pada 20/01/2019
Paparan terbaik : Mozilla Firefox 15.0 / Google Chrome 23 dan ke atas (1200 x 800 pixels) | Menyokong Paparan Mobil

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian| Hakcipta

JPA SPP 

Peperiksaan 2019

pratetap
Gaya utama
Corak
Warna
Tukar
Text Size
Tetapan Lalai
Besarkan Saiz Teks
Kurangkan Saiz Teks
Blog KPM
Hubungi Kami Di Facebook
RSS Feed Kami