SOALAN LAZIM SEKTOR JAMINAN KUALITI

 1.  Apakah maklumat yang boleh diperolehi dari Sektor Jaminan Kualiti sebagai bahan rujukan asas tentang sekolah ?

      Warga pendidik di JPN dan PPD boleh mendapatkan maklumat tentang sekolah seperti berikut:  

    i.  Markah (skor) SKPM iaitu taraf Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) bagi semua sekolah Kelantan mulai tahun 2009.      ii.  Data SKPM (versi 2003 dan versi 2010), skor komposit, band dan ranking sekolah Kelantan mulai tahun 2009.

    iii.  Senarai dan analisis sekolah, pengetua dan guru besar yang telah berjaya mendapat anugerah Tawaran Baharu (Bai`ah) negeri

         Kelantan mulai tahun 2010 hingga sekarang. 

2.  Apakah maklumat yang boleh diperolehi dari Sektor Jaminan Kualiti sebagai bahan rujukan untuk memantapkan pengurusan organisasi ?

     Rakan-rakan di JPN dan PPD boleh mendapatkan maklumat berikut:

      i.  Bahan dan dokumen rujukan terkini berkaitan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008

     ii.  Buku Laporan Tahunan pelbagai jabatan di bawah Kementerian Pendidkkan Malaysia dan lain-lain kementerian

    iii.  Takwim program dan aktiviti utama JPN dan PPD tahun semasa.

3.  Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Sektor Jaminan Kualiti untuk pemantapan pengurusan dan pembangunan sekolah ?

      i.  Bimbingan pengurusan kepimpinan

     ii.  Bimbingan pemantapan PKS-SKPM

    iii.  Bimbingan persediaan pemeriksaan Tawaran Baharu Kepada Pengetua dan Guru Besar

    iv.  Bimbingan ke arah pemantapan pengurusan dan pendedahan maklumat terkini berkaitan pengurusan kualiti

         seperti, pengurusan mesyuarat, pengurusan fail dan lain-lain.

4.  Berapakah peratusan Skor Komposit yang perlu dicapai oleh sekolah rendah dan sekolah menengah yang melayakkannya diverifikasi untuk anugerah Tawaran Baharu (TB) ?

      i.  Bagi sekolah rendah - anugerah Tawaran Baharu Guru Besar (TBGB) ialah sekurang-kurangnya 84.0 %

     ii.  Bagi sekolah menengah - anugerah Tawaran Baharu Pengetua(TBP) ialah sekurang-kurangnya 88.0 %.

5.  Apakah syarat-syarat asas untuk seseorang guru atau kakitangan sesebuah sekolah yang telah mendapat Augerah Tawaran Baharu

     layak menerima Bayaran Insentif Tawaran Baharu (BITB) ?

     i.   Berkhidmat di sekolah berkenaan genap enam bulan atau lebih dalam tahun penilaian.

    ii.   Markah LNPT 80.0 % dan ke atas dalam tahun penilaian.

    iii.   Bebas dari tindakan tata tertib dalam tahun penilaian.

6.  Instrumen manakah yang digunapakai oleh kementerian untuk menentukan skor komposit, band dan ranking sekolah ?

     i.  Sejak 2009 hinga kini instrumen yang digunakan ialah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) versi 2003.

7.  Adakah sekolah masih perlu mengisi kedua-dua versi SKPM ?

     Ya. Sekolah masih perlu mengisi SKPM versi 2003 dan SKPM versi 2010 setiap tahun. Walaupun pihak sekolah diminta mengisi SKPM versi 2010 mulai

     tahun 2012 tetapi punca kuasa terkini masih mewajibkan pihak sekolah meneruskan pengisiaan SKPM versi 2003 sehingga tahun 2015.

8.  Bagaimanakah cara pengurusan SPK MS ISO 9001:2008 yang dilaksanakan di jabatan ?

     Proses pelaksanaan mengikut Prosedur Kualiti PK 1 hingga PK 18 seperti yang terkandung dalam Dokumen Kualiti.

9.  Sekiranya terdapat NCR di jabatan, apa yang perlu kita lakukan ?

     Melaksanakan proses penutupan NCR dengan melakukan tindakan pembetulan dan penambahbaikan.

10.  Berapakah peratus Skor Komposit yang perlu dicapai untuk melayakkan sekolah berada di Band 1 ?

      Sekolah rendah perlu mencapai Skor komposit sekurang-kurangnya 85.0 % manakala sekolah menengah pula perlu mencapai Skor Komposit

      sekurang-kurangnya 90.0 % .

Kami mempunyai 20 tetamu dan tiada ahli di talian

© 2012 Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan » Kemaskini pada 20/01/2019
Paparan terbaik : Mozilla Firefox 15.0 / Google Chrome 23 dan ke atas (1200 x 800 pixels) | Menyokong Paparan Mobil

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian| Hakcipta

JPA SPP 

Peperiksaan 2019

pratetap
Gaya utama
Corak
Warna
Tukar
Text Size
Tetapan Lalai
Besarkan Saiz Teks
Kurangkan Saiz Teks
Blog KPM
Hubungi Kami Di Facebook
RSS Feed Kami