Soalan Lazim Sektor Psikologi & Kaunseling

  1. APAKAH PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DI SPsK?

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh SPsK adalah khidmat kaunseling individu dan kelompok merangkumi aspek peribadi, kerjaya perkahwinan, keluarga dan interpersonal. Kaunseling merupakan proses perhubungan menolong yang dilakukan oleh kaunselor bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela berlandaskan etika kaunseling.

 

  1. APAKAH PERKHIDMATAN LAIN SELAIN DARIPADA  KAUNSELING?

Selain itu, perkhidmatan yang ditawarkan adalah kursus dan ceramah-cermah perkembangan diri dan modal insan serta khidmat interpretasi ujian-ujian psikologi, Perkhidmatan Ujian Psikologi, Perkhidmatan Kaunseling, Perkhidmatan Pencegahan dan Pembangunan Sahsiah, Perkhidmatan Konsultasi dan Perkhidmatan Peningkatan Kemahiran Kaunseling.

 

  1. BAGAIMANA CARA  MENDAPATKAN PERKHIDMATAN DARIPADA SPsK?

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh SPsK boleh didapati dengan menggunakan borang yang disediakan,  membuat temujanji samada melalui telefon, sms, email atau datang terus ke pejabat SPsK.

 

  1. SIAPA YANG BOLEH MENDAPATKAN PERKHIDMATAN DI SPsK?

Perkhidmatan di SPsK adalah ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan iaitu pegawai-pegawai, staf sokongan, guru-guru yang berkhidmat di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan termasuklah ibubapa pelajar dan ahli keluarga terhampir.

 

  1. BOLEHKAH GURU SEKOLAH MENDAPATKAN PERKHIDMATAN SPSK?

Guru-guru sekolah adalah amat digalakkan untuk mendapatkan perkhidmatan dari SPsK samaada kaunseling individu, kaunseling kelompok dan kaunseling keluarga.

 

  1. ADAKAH PERKHIDMATAN DI SPSK DIKENAKAN BAYARAN?

Tiada bayaran dan caj dikenakan untuk perkhidmatan yang diberikan oleh SPsK.

 

  1. BILAKAH WAKTU PERKHIDMATAN?

Waktu perkhidmatan adalah pada waktu pejabat dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Ahad hingga Khamis

 

  1. BOLEHKAH KAUNSELOR MERAHSIAKAN CERITA SAYA?

Semua perbincangan bersama kaunselor anda adalah SULIT dan ia adalah dirahsiakan dan tertakluk kepada Akta 580

 

  1. BERAPA LAMA SESI KAUNSELING BERJALAN?

Setiap sesi bersama kaunselor adalah antara 1 hingga 2 jam.

 

  1. APAKAH ADA JAMINAN MASALAH SAYA BOLEH DISELESAIKAN MELALU KAUNSELING?

Proses kaunseling adalah untuk membantu memberikan celik akal kepada klien dan penyelesaian kepada sesuatu masalah adalah bergantung sepenuhnya kepada klien itu sendiri.

 

Kami mempunyai 40 tetamu dan tiada ahli di talian

© 2012 Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan » Kemaskini pada 20/01/2019
Paparan terbaik : Mozilla Firefox 15.0 / Google Chrome 23 dan ke atas (1200 x 800 pixels) | Menyokong Paparan Mobil

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian| Hakcipta

JPA SPP 

Peperiksaan 2019

pratetap
Gaya utama
Corak
Warna
Tukar
Text Size
Tetapan Lalai
Besarkan Saiz Teks
Kurangkan Saiz Teks
Blog KPM
Hubungi Kami Di Facebook
RSS Feed Kami