SOALAN LAZIM SEKTOR ICT

Apakah yang dimaksudkan dengan Projek 1BestariNet?

1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu.

Apakah elemen-elemen Projek 1BestariNet?

Terdapat dua (2) elemen  utama dalam projek ini iaitu Pemasangan capaian internet menggunakan peralatan Customer Premise Equipment (CPE) dan Akses kepada VLE hendaklah melalui talian internet yang dipasang di sekolah.

Apakah jenis peralatan Customer Premise Equipment (CPE) dalam pemasangan capaian internet bagi Projek 1BestariNet?

Peralatan Customer Premise Equipment (CPE) terdiri daripada peralatan ZOOM dan 4G Dongle.

Berapakah bilangan peralatan ZOOM dan 4G Dongle yang dibekalkan bagi setiap sekolah?

Bilangan peralatan ZOOM dengan standard bilangan ZOOM adalah 3+1 yang dibekalkan adalah bergantung kepada kajian pihak kontraktor di mana semua kawasan utama iaitu makmal komputer, bilik guru, pejabat pengurusan dan pentadbiran sekolah, pusat sumber dan common area boleh mencapai internet termasuk kawasan asrama jika asrama dalam kawasan sekolah dan boleh melebihi atau kurang dari 3+1.

Bilangan 4G Dongle pula dibekalkan sebanyak 20 unit dan digunakan di kawasan-kawasan yang tiada akses kepada Rangkaian Dalaman Setempat(Local Area Network – LAN) fizikal sekolah dan tiada liputan wireless ZOOM.  

Berapakah kelajuan Lebar Jalur VSAT 1BestariNet dan Lebar Jalur VSAT SchoolNet serta Nisbah Kandungan?

Kelajuan Lebar Jalur VSAT  1BestariNet adalah 2Mbps (Download) dan 512kbps(Upload) dengan Nisbah Kandungan 1:20 manakala kelajuan Lebar Jalur VSAT  SchoolNet adalah 1Mbps (Download) dan 128kbps(Upload) dengan Nisbah Kandungan 1:60.


Bagaimanakah cara untuk memohon perolehan peralatan ICT bagi sekolah yang mempunyai peruntukan sendiri?

Sila hantar surat permohonan bersama-sama dengan Borang JPICT/JPN  dan sebutharga peralatan ICT tersebut.

Sekiranya pihak sekolah tidak mempunyai peruntukan sendiri bagaimanakah cara untuk memohon perolehan peralatan ICT sekolah?

Pihak sekolah boleh membuat permohonan kepada pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan.

 



Kami mempunyai 129 tetamu dan tiada ahli di talian

© 2012 Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan » Kemaskini pada 20/01/2019
Paparan terbaik : Mozilla Firefox 15.0 / Google Chrome 23 dan ke atas (1200 x 800 pixels) | Menyokong Paparan Mobil

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian| Hakcipta

JPA SPP 

Peperiksaan 2019

pratetap
Gaya utama
Corak
Warna
Tukar
Text Size
Tetapan Lalai
Besarkan Saiz Teks
Kurangkan Saiz Teks
Blog KPM
Hubungi Kami Di Facebook
RSS Feed Kami