Soalan Lazim Sektor Pengurusan Akademik

  • Cetak

Adakah setiap guru perlu diselia semasa proses PdP?

Ya, sekurang-kurang sekali dalam setahun.

Apakah instrumen yang diguna semasa penyeliaan PdP guru?

Instrumen Pencerapan Guru e-Cakna. Semua data guru yang telah dicerap hendaklah dihantar ke jabatan secara ‘online' .

Adakah Pengetua / Guru Besar perlu mengajar / mempunyai jadual waktu untuk PdP?

Ya. Surat Pekeliling KPM Bil.5 Tahun 1998 menetapkan Pengetua / Guru Besar perlu mengajar sekurang-kurangnya 5 waktu seminggu disamping melaksana tugas-tugas penyeliaan dan pentadbiran sekolah.

Bagaimanakah pihak sekolah boleh menggunakan khidmat kepakaran Guru Cemerlang dari sekolah lain?

Permohonan melalui surat kepada Pengarah Pendidikan Kelantan (up: Ketua Sektor Pengurusan Akademik) dengan menyatakan bidang-bidang yang diperlukan bimbingan. Khidmat Guru Cemerlang boleh digunakan pada setiap hari Rabu.

Adakah proses Latihan dalam Perkhidmatan secara ‘onsite' masih perlu diadakan disekolah walaupun peruntukan kewangan bagi tujuan latihan tidak dibekalkan?

Ya, berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2005: Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. Pegawai perkhidmatan awam hendaklah mengikuti latihan sekurang-kurangnya tujuh hari setahun.

Siapakah yang menjadi pegawai meja bagi setiap mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah-sekolah?

  Prasekolah TAHAP 1

TAHAP 2

(Tahun 4&5)

TAHAP 2

(Tahun 6)

Ting 1&2 Ting.3 Ting.4&5 Ting.6
Bahasa Melayu Arita Hazlin Ab. Halim Hamdan Abdul Kadir Arita Hazlin Ab. Halim Arita Hazlin Ab. Halim Hamdan Abdul Kadir Mohd Hassany Hashim Mohd Hassany Hashim Mohd Hassany Hashim
Bahasa Inggeris Arita Hazlin Ab. Halim Mohd Najib Omar Arita Hazlin Ab. Halim Arita Hazlin Ab. Halim Mohd Najib Omar Mohd Najib Omar KPP BI KPP BI
Matematik Hj. Mohd Husaini Husain Hj. Mohd Husaini Husain Hj. Mohd Husaini Husain Hj. Mohd Husaini Husain Hjh Halizah Mohd Zain Hjh Halizah Mohd Zain Saharuddin Abdullah Jk Hilmi Abdullah
Sains / DST Hjh Hamidah Hassan Hjh Hamidah Hassan Wan Badruddin Wan Omar Wan Badruddin Wan Omar Kamaruzzaman Abd Manaf Kamaruzzaman Abd Manaf Wan Mohd Zuri W.Abdullah TB
PJPK Ruslan Mohd Yusof Ruslan Mohd Yusof Ruslan Mohd Yusof Ruslan Mohd Yusof Ruslan Mohd Yusof Ruslan Mohd Yusof Ruslan Mohd Yusof TB
Seni Visual/DSV Mohd A'seri Mahmud Mohd A'seri Mahmud Mohd A'seri Mahmud Mohd A'seri Mahmud Mohd A'seri Mahmud Mohd A'seri Mahmud Mat Nawi Wahid Mat Nawi Wahid
Pend. Muzik/DM Mohd A'seri Mahmud Mohd A'seri Mahmud Mohd A'seri Mahmud Mohd A'seri Mahmud Mohd A'seri Mahmud Mohd A'seri Mahmud Mohd A'seri Mahmud TB
Pend. Moral TB Ruslam Mohd Yusof Ruslan Mohd Yusof Ruslan Mohd Yusof Ruslan Mohd Yusof Ruslan Mohd Yusof Ruslan Mohd Yusof TB
TMK Siji Haja Muhamad Hashim TB Zuriah Muhamad Zuriah Muhamad TB TB Zuriah Muhamad Tuan Rizal
Bahasa Cina TB Por Soon Khiang Por Soon Khiang Por Soon Khiang Por Soon Khiang Por Soon Khiang Por Soon Khiang Por Soon Khiang
Bahasa Tamil TB Mohd A'seri Mahmud Mohd A'seri Mahmud Mohd A'seri Mahmud Mohd A'seri Mahmud Mohd A'seri Mahmud Mohd A'seri Mahmud TB
Bahasa Antarabangsa TB TB TB TB

Por Soon Khiang

Mohd A'seri Mahmud

Por Soon Khiang

Mohd A'seri Mahmud

Por Soon Khiang

Mohd A'seri Mahmud

TB
Kajian Tempatan TB TB TB Ruslan Mohd Yusof TB TB TB TB
Sejarah TB TB TB TB Che Nasir Che Hussain
Che Nasir Che Hussain
Che Nasir Che Hussain
Che Nasir Che Hussain
Reka Bentuk Teknologi TB TB Hjh Hamidah Hassan Hjh Hamidah Hassan TB TB TB TB
KHB1 TB TB TB TB Zamri Zakaria Zamri Zakaria TB TB
PAV         Zamri Zakaria Zamri Zakaria TB TB
Matematik Tambahan TB TB TB TB TB TB Saharuddin Abdullah TB
Sains Tambahan TB TB TB TB TB TB Wan Mohd Zuri W.Abdullah TB
Sains Sukan TB TB TB TB TB TB Ruslan Mohd Yusof Ruslan Mohd Yusof
Geografi TB TB TB TB Zakaria Mat Yasin Zakaria Mat Yasin Zakaria Mat Yasin Zakaria Mat Yasin
PSK TB TB TB TB Zakaria Mat Yasin Zakaria Mat Yasin Zakaria Mat Yasin TB
MP Sains Tulen & Makmal TB TB TB TB TB TB Hj Rozmi Ab Rahim Hj Rozmi Ab Rahim
Fizik TB TB TB TB TB TB Mohs Razali Ab Talib
Mohs Razali Ab Talib
Kimia TB TB TB TB TB TB Hj Nawawi Ab Rashid Hj Nawawi Ab Rashid
Reka Cipta TB TB TB TB TB TB Zamri Zakaria TB
Lukisan Kejuruteraan TB TB TB TB TB TB
Zamri Zakaria
TB
Teknologi Kejuruteraan TB TB TB TB TB TB
Zamri Zakaria
TB
ILKA TB TB TB TB TB TB
Zamri Zakaria
TB
ILKS TB TB TB TB TB TB
Zamri Zakaria
TB
SP TB TB TB TB TB TB
Zamri Zakaria
TB
MPV TB TB TB TB TB TB

Zamri Zakaria

Hjg Hamidah Hassan

TB
GBK TB TB TB TB TB TB Siti Haja Mohd Hashim TB
PMM TB TB TB TB TB TB Siti Haja Mohd Hashim TB
SRT TB TB TB TB TB TB Siti Haja Mohd Hashim TB
ERT TB TB TB TB TB TB Hjh Hamidah Hassan TB
KME TB TB TB TB TB TB Hamdan Abdul Kadir TB
Ekonomi Asas TB TB TB TB TB TB Mat Nawi Wahid TB
Perdagangan TB TB TB TB TB TB Mat Nawi Wahid TB
Prinsip Perakaunan TB TB TB TB TB TB Mat Nawi Wahid TB
Ekonomi TB TB TB TB TB TB TB Mat Nawi Wahid
Pengajian Perniagaan TB TB TB TB TB TB TB Zamri Zakaria
Pengajian Am TB TB TB TB TB TB TB Che Nasir Che Hussain
KMK TB TB TB TB TB TB TB Hamdan Abdul Kadir

Catatan:  TB = Tidak berkaitan

Sains & Matematik

Apakah Definisi Literasi dan Numerasi ?

  • Literasi adalah kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan majmuk yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.
  • Manakala Numerasi adalah kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan seharian.

Bilakah program LINUS akan dilaksanakan ?

Program ini akan dilaksanakan bermula pada tahun 2010 (Kohot 1) melibatkan murid-murid di tahun 1 yang akan disaring melalui Saringan 1 (Mac), Saringan 2 (Jun) dan Saringan 3 (September).

ICT dan Pengkomputeran

Apakah mata pelajaran di bawah Kurikulum ICT & Pengkomputeran ?

  • Mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk Sijil Pelajaran Malaysia
  • Mata pelajaran TMK untuk Tahap 2 sekolah rendah
  • Program ‘ICT For Literacy' (ICTL) untuk sekolah rendah dan menengah

Apakah program-program ICT yang utama yang berada di bawah pengurusan Bidang ICT dan Pengkomputeran?

Antara program ICT yang diurus oleh Bidang ICT dan Pengkomputeran ialah Program ICTL for Primary School, Program ICTL for Secondary School, Latihan Guru Program VLE.

Bolehkah sekolah saya menawarkan mata pelajaran ICT tanpa kelulusan JPN Kelantan?

Tidak boleh. Mata pelajaran ICT merupakan mata pelajaran terkawal. Pihak sekolah perlu mengemukakan permohonan bertulis kepada JPN Kelantan.

Jika sekolah kami ingin menawarkan mata pelajaran ICT, apakah tindakan yang perlu kami ambil ?

Program sekolah perluasan bagi mata pelajaran sudah ditangguh. Walau bagaimanapun, mana-mana sekolah yang ingin menawarkan mata pelajaran ICT perlu mengemukakan surat permohonan sekurang-kurangnya dua tahun sebelum mata pelajaran itu boleh dilaksanakan di sekolah. Surat permohonan perlu dikemukakan kepada Pengarah Pelajaran Kelantan. Bidang ICT dan Pengkomputeran, Sektor Pengurusan Akademik akan mengatur pemantauan ke sekolah berkenaan bagi memastikan sama ada sekolah memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk menawarkan mata pelajaran ICT.

Apakah kriteria untuk menawarkan mata pelajaran ICT?

BPK, KPM telah menetapkan bahawa sekolah perlu memenuhi sekurang-kurangnya kriteria minimum untuk menawarkan mata pelajaran ICT, iaitu:

  • Mempunyai kemudahan makmal komputer.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 20 unit komputer yang dirangkaikan dan berfungsi dengan baik.
  • Mempunyai kemudahan internet.
  • Mempunyai guru opsyen major ICT (diploma/ijazah). Guru yang hanya mempunyai opsyen minor ICT tidak layak mengajar mata pelajaran ini.

Berapakah bilangan pelajar dalam 1 kelas mata pelajaran ICT?

Maksimum 20 orang pelajar dalam 1 kelas dengan kadar 1 pelajar : 1 PC. Jika sekolah mempunyai ramai pelajar yang ingin mengikuti mata pelajaran ini, pihak sekolah dikehendaki membuka kelas ICT yang lain.

Adakah Program ICTL for Primary School dan ICTL for Secondary School wajib dilaksanakan di sekolah?

Sekolah yang mempunyai kemudahan makmal komputer diwajibkan melaksanakan Program ICTL bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Bagi sekolah kurang murid (SKM), Program ICTL wajib dilaksanakan sekiranya sekolah mempunyai kemudahan bilik komputer dengan sekurang-kurangnya 5 unit komputer.

Adakah sekolah yang melaksanakan Program ICTL mendapat peruntukan PCG?

Tidak. ICTL adalah program dan bukan mata pelajaran. Oleh kerana itu, sekolah yang melaksanakan Program ICTL sama ada sekolah rendah ataupun sekolah menengah tidak mendapat peruntukan PCG.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan huraian Sukatan Pelajaran dan rancangan tahunan bagi setiap mata pelajaran?

Tuan / Puan boleh muat turun (download) dari laman web BPK, Kementerian Pelajaran Malaysia di URL: http://www.moe.gov.my/bpk/

Kajian Kemasyarakatan

Apakah mata-mata pelajaran di bawah Unit Kajian Kemasyarakatan?

Sejarah, Geografi, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Moral, Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sains Sukan.

Teknik & Vokasional

Bagaimanakah caranya jika pihak sekolah ingin menawarkan mata pelajaran elektif teknik dan vokasional aliran kejuruteraan di tingkatan 4?

Permohonan diajukan terus ke :

Bahagian Kurikulum Teknik Dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 5, Blok E 14, Parcel E,

Pusat Pentabdiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Tel: 03-8884 5154

Salinan permohonan tersebut dihantar kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan:

  • Unit Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah
  • Unit Teknik Vokasional, Sektor Pengurusan Akademik
  • Unit Penilaian & Peperiksan.
Tetapan Lalai
Besarkan Saiz Teks
Kurangkan Saiz Teks
Blog KPM
Hubungi Kami Di Facebook
RSS Feed Kami