SOALAN LAZIM SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA & PENDIDIKAN KHAS

UNIT PENDIDIKAN KHAS

1. Apakaha jenis Program Pendidikan Khas yang ditawarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan kepada murid-murid kurang upaya?

Antara Program Pendidikan Khas yang ditawarkan  untuk pelajar yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya adalah :

*  Program Pendidikan Khas Integrasi ( Masalah Pembelajaran )

*  Program Pendidikan Khas Integrasi ( Masalah Penglihatan )

*  Program Pendidikan Khas Integrasi ( Masalah Pendengaran )

*  Program Pendidikan Khas Integrasi ( Pendidikan Khas Prasekolah )

*  Program Disleksia

 

2. Adakah tempoh persekolahan murid-murid pendidikan khas sama dengan pelajar di aliran perdana?

Pada dasarnya tempoh persekolahan adalah sama dengan murid di aliran perdana namun terdapat kelonggaran tempoh selama 2 tahun iaitu murid pendidikan khas diberi alternatif menggunakan tempoh tambahan 2 tahun tersebut di sekolah rendah atau di sekolah menengah. Sebagai contoh :

Murid pendidikan khas dibenarkan belajar di sekolah rendah sehingga 14 tahun. Murid pendidikan khas di benarkan belajar di sekolah menengah sehingga 19 tahun .

 

3. Adakah semua pelajar OKU layak mendapat elaun murid khas ?

Elaun murid khas sebanyak RM 150.00 sebulan ( mengikut tahun semasa )hanya akan dibayar kepada pelajar OKU di sekolah bantuan kerajaan sahaja. Pelajar tersebut juga perlu mempunyai Kad Kenal Diri OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat serta akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional.

 

4. Adakah ibu bapa perlu menyerahkan buku akaun bank untuk disimpan oleh pihak sekolah ?

Ya, buku bank bagi murid yang menerima elaun murid khas perlu disimpan oleh pihak sekolah. Ibu bapa perlu mengisi borang permohonan mengeluarkan wang sebelum buku tersebut diserahkan untuk tujuan pengeluaran wang.

 

5. Adakah murid pendidikan khas boleh mengambil peperiksaan awam?

Ya,murid pendidikan khas boleh mengambil peperiksaan awam. Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil.23/1998.

 

UNIT PENDIDIKAN SWASTA

       1. Bagaimana Proses Kerja Penubuhan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) ? 

Proses Kerja Penubuhan IPS adalah mengikut langkah - langkah berikut :-

1.1  Mengisi borang permohonan penubuhan (Borang BPS1)-Panduan Mengisi Borang Permohonan IPS

1.2  Membuat carian nama di SSM ( Borang P1A )

1.3  Hadir ke JPN /PPD bagi mendapatkan bimbingan penubuhan IPS.

1.4  Menghantar borang yang lengkap ke JPN.

1.5  JPN akan memproses borang yang lengkap sahaja. Borang yang tidak lengkap akan dipulangkan untuk di buat pembetulan.

1.6  Lawatan penubuhan akan dilakukan oleh pegawai daripada JPN/PPD.

1.7  Mendapat Sijil Perakuan Sementara daripada JPN (untuk tempoh 1 Tahun)( IPS boleh beroperasi )

1.8  Mendapatkan surat sokongan 3 agensi iaitu Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pejabat Kesihatan Daerah.

1.9  Menerima  Surat Perakuan Pendaftaran Kekal IPS.

1.10 Memohon permit Pengelola, Pekerja dan Guru

1.11 Mula beroperasi secara rasmi

 

2. Berapa Bayaran Penubuhan IPS? 

Bayaran Penubuhan IPS

A) Fee Permohonan Pendaftaran IPS

      i) Sekolah  :  RM 300.00

      ii) Pusat Tuisyen / Kemahiran : RM 150.00

B) Fee Permohonan Membaharui Pendaftaran IPS

      i) Sekolah  :  RM 100.00

      ii) Pusat Tuisyen / Kemahiran :  RM 50.00

C) Fee Permohonan Pertukaran Premis / Perubahan Premis : RM 50.00

D) Fee Permohonan Permit Mengajar :

      i) Permohonan : RM 5.00

      ii) Pengeluaran : RM 1.00

E) Fee Permohonan Permit Mengajar :  RM 1.00

F) Fee Permohonan Gantian Permit Perakuan Pendaftaran / Pengelola / Pekerja : RM 10.00

 

3. Siapakah yang boleh dan tidak boleh mengajar selain daripada guru di IPS swasta? 

3.1  Lembaga pengelola termasuk Pengerusi IPS tidak dibenarkan mengajar.

3.2  Guru Besar boleh mengajar

 

4. Bolehkah saya membuka Tadika di rumah teres yang bukan lot tepi ( Corner Lot ) ?

Boleh. Tadika boleh di buka di mana-mana sahaja seperti Balai Raya, kawasan rumah ibadah, pangsapuri, pasar raya, rumah kedai dan sebagainya asalkan mematuhi peraturan-peraturan yang telah di tetapkan. Tuan/Puan digalakkan untuk bertanya dan berbincang dengan Pegawai Pendidikan Swasta di JPN / PPD bagi mendapatkan panduan dan nasihat.

 

5. Apakah perbezaan antara TADIKA DAN TASKA ?

TADIKA adalah bermaksud Taman Didikan Kanak-Kanak dan TASKA adalah bermaksud Taman Asuhan Kanak-Kanak. Permohonan menubuhkan TADIKA adalah melalui Jabatan Pelajaran Negeri sementara TASKA adalah di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kohot umur Tadika 4 hingga 6 tahun dan Taska di bawah 4 tahun.

 

Kami mempunyai 54 tetamu dan tiada ahli di talian

© 2012 Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan » Kemaskini pada 20/01/2019
Paparan terbaik : Mozilla Firefox 15.0 / Google Chrome 23 dan ke atas (1200 x 800 pixels) | Menyokong Paparan Mobil

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian| Hakcipta

JPA SPP 

Peperiksaan 2019

pratetap
Gaya utama
Corak
Warna
Tukar
Text Size
Tetapan Lalai
Besarkan Saiz Teks
Kurangkan Saiz Teks
Blog KPM
Hubungi Kami Di Facebook
RSS Feed Kami