1 FEBRUARI 2018
MS ISO 9001:2015
Manual Sistem Pengurusan Kualiti ini disediakan bagi menetapkan keperluan sistem pengurusan kualiti untuk skop pengurusan program pengoperasian pendidikan di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk menunjukkan keupayaan menyediakan produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelanggan, keperluan berkanun dan peraturan yang berkenaan secara kosisten.
Manual ini juga bertujuan sebagai panduan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan melalui penggunaan sistem yang berkesan, termasuk proses penambahbaikan sistem dan jaminan keakuran kepada pelanggan dan keperluan undang-undang serta peraturan dan MS ISO 9001:2015.