Sektor Jaminan Kualiti

PENGENALAN

Sektor Jaminan Kualiti terbahagi kepada dua unit iaitu Unit Kepimpinan Sekolah dan Unit Kepiawaian dan Inovasi. Fungsi asal Sektor Jaminan Kualiti sejak mula ditubuhkan pada tahun 2007 adalah berperanan untuk membangun dan membimbing kepimpinan sekolah ke arah kecemerlangan melalui pendekatan “coaching” dan “mentoring” secara berterusan. Matlamat KPM telah menetapkan 10% daripada jumlah pemimpin sekolah perlu diberi bimbingan bagi meningkatkan dan mengekalkan kualiti kepimpinan sesuai dengan ‘Standard Kompetensi Kepengetuaan Malaysia’ (SKKM) khususnya bagi kepimpinan yang memerlukan bimbingan (Penarafan SKPM di tahap rendah). Pegawai Sektor Jaminan Kualiti berperanan membantu dan membimbing kepimpinan sekolah dan bertindak sebagai rakan pembimbing (mentor/coach).

Walau bagaimana pun fungsi setiap unit semakin bertambah dengan beberapa aktiviti baharu yang telah dipertanggungjawabkan oleh kementerian. Bahagian Sumber Manusia melalui surat (KP(BP) 0051/20 Jld.7(11), yang bertarikh 9 Oktober 2008, telah menetapkan fungsi Kepiawaian dan Dokumentasi diletakkan di bawah Sektor Jaminan Kualiti.  Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk tahun-tahun kehadapan ini telah diperbaharui dan dimantapkan lagi supaya ianya lebih berfokus, berkesan dan selaras dengan perancangan, visi dan misi kementerian. Perkhidmatan teras Unit Kepimpinan Sekolah ialah memperkasakan kepimpinan sekolah menengah dan rendah ke arah melonjakkan kecemerlangan pendidikan. Bagi Unit Kepiawaian dan Dokumentasi yang kini dinamakan Unit Kepiawaian dan Inovasi pula, perkhidmatan terasnya ialah ke arah memastikan pengurusan organisasi dilaksanakan dengan berkualiti dan berkesan.

 

Carta Organisasi

 

OBJEKTIF SEKTOR JAMINAN KUALITI

1. Meningkatkan kompetensi dan pengalaman semua pegawai di Sektor Jaminan Kualiti dalam bidang pengurusan pendidikan sebagai pakar rujuk kepada  pengurus-pengurus sekolah ( pengetua dan guru besar ).

2. Memberi bimbingan secara berterusan kepada pengurus sekolah untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah.

3. Memastikan pengurus sekolah menerima latihan ( coaching ) secara hands on secukupnya dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pentadbiran.

4. Membangunkan sekumpulan pengurus sekolah yang pakar untuk membantu dan memberi bimbingan kepada pengurus-pengurus sekolah yang lain – coaching partnership.

5. Mengindoktrinkan pemikiran pengurus sekolah bagi menzahirkan jati diri sebagai pemimpin instruksional.

6. Mempastikan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2008 diamalkan di semua peringkat.

7. Membantu coachee melaksanakan tugasan dengan lebih bijak dan menjimatkan masa dan seterusnya meningkatkan prestasi dan produktiviti sesuatu unit, institusi dan seterusnya jabatan

8. Menggalakkan budaya kerja yang cemerlang dan positif hasil daripada kepuasan kerja dan hubungan yang baik di antara pelanggan di sekolah dan pegawai di jabatan.

 

BIDANG TUGAS  DAN FUNGSI (PERKHIDMATAN TERAS)

Sektor ini dibahagikan kepada dua unit iaitu Unit Kepimpinan Sekolah dan Unit Kepiawaian dan Inovasi.

1.    UNIT KEPIMPINAN SEKOLAH

PERKHIDMATAN TERAS:

Memperkasa kepimpinan sekolah menengah dan rendah ke arah melonjakkan kecemerlangan pendidikan supaya:

i.    Bilangan sekolah band 1 dan band 2 meningkat.

ii.   Bilangan sekolah yang meningkat skor SKPM dan skor komposit bertambah.

iii.  Semua sekolah sekurang-kurangnya berada di band 5.

iv.  Bilangan sekolah, pengetua dan guru besar yang mendapat Pengiktirafan dan Anugerah  

      Khas KPM (Anugerah Tawaran Baharu, SKK, SBT dan lain-lain) meningkat.

 

2.    UNIT KEPIAWAIAN DAN INOVASI

PERKHIDMATAN TERAS:

Memastikan pengurusan organisasi dilaksanakan dengan berkualiti dan berkesan supaya:

i.  NCR di JPN dan PPD dapat dikurangkan dan semua NCR dan OFI (jika ada) diambil   

    tindakan dengan segera dan sewajarnya.

ii. Bilangan sekolah band 4 dan 5 berkurang dan sekolah band 1,2 dan 3 bertambah.

iii. Menyediakan sekurang-kurangnya dua kumpulan KIK mewakili JPN.

iv. Perancangan Strategik Organisasi, Takwim dan Buku Laporan Jabatan dapat disiapkan    

     mengikut tarikh yang ditetapkan.

v.  JPN dan PPD melaksanakan Amalan 5S.

 

Bagi mencapai hasrat tersebut  Sektor Jaminan Kualiti akan melaksanakan aktiviti berikut:

 

PROGRAM DAN AKTIVITI UNIT KEPIMPINAN SEKOLAH:

1.0  Program `Coaching & Mentoring` Pengetua dan Guru Besar (PGB) Konsultasi PGB PPD Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli supaya:

      1.1 Sekolah diurus secara profesional berpandukan 9 bidang pengurusan kepimpinan strategik.

      1.2 Prestasi pengurusan dan pencapaian akademik meningkat.

      1.3 Prestasi band/skor komposit sekolah meningkat

2.0  Program `Coaching & Mentoring` Pengetua dan Guru Besar(PGB)Cemerlang/Sekolah Prestasi    

       Cemerlang Konsultasi PGB di sekolah band 1 atau band 2 untuk peningkatan dan pengekalan jaminan kualiti (Quality Assurance) bagi mempastikan :

       2.1 Pengekalan dan peningkatan dalam peperiksaan awam.

       2.2 Peningkatan bilangan sekolah kategori band 1

       2.3 Peningkatan skor komposit sekolah yang terlibat dengan program

3.0  Program `Immersion` Kepada Pengetua dan Guru Besar(PGB) Baharu

       3.1 Membentuk kumpulan mentor-mentee di antara Guru Besar Cemerlang dengan guru besar baharu supaya:

             3.1.1 Tahap keyakinan guru besar baharu dapat ditingkatkan

             3.1.2 Pencapaian sekolah kekal atau ditingkatkan

             3.1.3 Skor komposit sekolah meningkat

       3.2 Membentuk kumpulan mentor-mentee di antara pengetua cemerlang dengan pengetua baharu supaya:

             3.2.1 Tahap keyakinan pengetua baharu dapat ditingkatkan

             3.2.2 Kecemerlangan prestasi sekolah ditingkatkan atau sekurang-kurangnya dikekalkan

             3.2.3 Skor komposit sekolah meningkat

4.0  Pengurusan dan Pemantauan Pelaksanaan Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) Menggunakan Instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia(SKPM)   

       - PKS-SKPM

       Mengurus proses pelaksanaan PKS-SKPM versi 2003 dan versi 2010 dengan cara:

       4.1 Memantau pengisian PKS-SKPM versi 2003 dan 2010 melalui portal

       4.2 Memberi taklimat pengisian dan pemantapan PKS-SKPM kepada pemimpin sekolah

5.0  Pengurusan Persediaan Tawaran Baharu (TB) Dan Bayaran Insentif Tawaran Baharu (BITB ) Kepada Pengetua dan Guru Besar(PGB)

       5.1 Pengurusan Persediaan TB kepada PGB yang telah disenarai pendek melalui :

             5.1.1 Taklimat untuk penilaian Tawaran Baharu (TB) kepada PGB yang telah dicalon/senarai pendek

             5.1.2 Lawatan bimbingan dan pemantapan persediaan penilaan TB

        5.2 Pengurusan Taklimat Bayaran Insentif Tawaran Baharu (BITB) kepada PGB yang berjaya

6.0  Pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Peringkat Jabatan dan Peringkat Sektor

       6.1 Mengurus Pelaksanaan Mesyuarat JK Pengurusan Tertinggi JPN Kelantan

       6.2 Mengurus Pelaksanaan Mesyuarat Pengurusan Sektor

       6.3 Mengurus Pelaksanaan Mesyuarat JK Melonjakkan Kecemerlangan Sekolah Melalui Pembangunan Organisasi (PrOD)

       6.4 Mengurus Pelaksanaan Mesyuarat Jawatan Kuasa Tindakan Terhadap Laporan dan Syor Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK)

7.0  Pelaksanaan Program Khas/Bersama Sektor lain di JPN, PPD dan Institusi Pendidikan Lain (IAB,JNJK dan lain-lain).

       7.1 Memantau dan memberi bimbingan kepada sekolah yang telah diperiksa oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK)

       7.2 Lawatan bimbingan ke sekolah program PrOD (Melonjakkan Kecemerlangan Sekolah Melalui Pembangunan Organisasi)

       7.3 Melaksanakan Program khas untuk sekolah band 6 dan band 7:

             7.3.1 Mesyuarat penyelarasan

             7.3.2 Taklimat kepada GB dan PK

             7.3.3 Lawatan Bimbingan ke lokasi

       7.4  Melaksanakan aktiviti Coaching & Mentoring kepada:

             7.4.1 Pemimpin Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

             7.4.2 Pemimpin sekolah band 1 untuk dibangunkan ke arah SKK dan SBT.

             7.4.3 Pemimpin sekolah band 3 untuk dibangunkan ke band 1 dan band 2.

             Aktiviti lain yang berkaitan adalah:

                i.   Mesyuarat  penyelarasan diperingkat jabatan dan kementerian.

               ii.   Pelaporan aktiviti kepada kementerian.

              iii.   Lawatan bimbingan ke lokasi.

8.0 Pengurusan Hari Anugerah Kualiti dan Inovasi

     Menganjur dan Melaksanakan Hari Anugerah Kualiti dan Inovasi Peringkat Jabatan Pendidikan Kelantan

 

PROGRAM DAN AKTIVITI UNIT KEPIAWAIAN DAN INOVASI:

1.0   Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti(SPK) MS ISO 9001:2008

        Menyelaras Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MSISO 9001:2008 di JPN dan PPD melalui:

        1.1  Mesyuarat Penyelarasan

        1.2  Pemantauan dan semakan status pelaksanaan SPK MS ISO  9001:2008 di JPN dan PPD

        1.3  Kursus Pemantapan Juruaudit (simulasi)

        1.4  Pengurusan audit dalam, mesyuarat penyelarasan dan audit SIRIM

        1.5  Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) JPN

2.0   Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah (SPKS)

        Mengurus pelaksanaan SPKS kepada sekolah yang terlibat melalui:

        2.1  Taklimat pemantapan SPKS

        2.2  Pemantauan/semakan SPKS

        2.3  Audit SPKS

       2.4   Promosi SPKS sekolah menengah

3.0  Pengurusan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

       Pengurusan Pelaksanaan KIK:

       3.1  Mesyuarat Jawatankuasa Induk

       3.2  Melaksanakan  konvensyen KIK – JPN dan PPD

4.0  Pengurusan Dokumen dan Rekod Kejayaan Sekolah

       4.1  Penyediaan Buku Laporan Tahunan Jabatan:

             4.1.1    Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana

             4.1.2    Mesyuarat penyelarasan dan pemurnian

             4.1.3    Kumpul bahan dari sector

             4.1.4    Edit,cetak & edar  laporan tahunan jabatan

      4.2   Pengumpulan dan pelaporan rekod kejayaan sekolah peringkat Kebangsaan dan antarabangsa setiap PPD

      4.3   Penyediaan Takwim Jabatan:

             4.3.1    Mesyuarat JK Pelaksana

             4.3.2    Mesyuarat penyelarasan dan pemurnian

             4.3.3    Mengedar takwim

       4.4  Pengurusan Pelaksanaan Amalan 5S:

             4.4.1    Mesyuarat JK Pelaksana

             4.4.2    Taklimat Promosi 5S

             4.4.3    Mesyuarat JK Amalan 5S

             4.4.4    Lawatan bimbingan ke lokasi

 

Kami mempunyai 15 tetamu dan tiada ahli di talian

© 2012 Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan » Kemaskini pada 20/01/2019
Paparan terbaik : Mozilla Firefox 15.0 / Google Chrome 23 dan ke atas (1200 x 800 pixels) | Menyokong Paparan Mobil

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian| Hakcipta

JPA SPP 

Peperiksaan 2019

pratetap
Gaya utama
Corak
Warna
Tukar
Text Size
Tetapan Lalai
Besarkan Saiz Teks
Kurangkan Saiz Teks
Blog KPM
Hubungi Kami Di Facebook
RSS Feed Kami