Sektor Pendidikan Islam

Sektor ini terdiri daripada 3 unit:

•Unit Pengurusan Pendidikan Islam (UPI)

•Unit Pengurusan Institusi Pendidikan Agama (PIPA)

•Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam (PDSI)

 

Carta Organisasi

 

FUNGSI UTAMA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM

 

Fungsi 1: Pengurusan Pendidikan Islam:

(a)       Menyelaras, mengurus dan menilai pelaksanaan Operasi Pendidikan  Islam dan Bahasa Arab serta segala keperluan yang berkaitan  dengannya:

(i)        Menyelaras, mengurus, dan menilai serta mengawal pengoperasian dasar dan mesyuarat-mesyuarat utama yang berkaitan dengan pelaksanaan dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

(ii)       Menyelaras dan mengurus maklum balas berhubung pelaksanaan dasar dan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan pelaksanaan dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

(iii)      Menyelaras dan mengurus hal ehwal keperluan Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Institusi Pendidikan

(iv)      Menyelaras dan mengurus serta menilai peningkatan kualiti program-program SPI dan kualiti pelaksanaan Operasi Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

(v)       Mengumpul, menganalisis dan mengurus data dan maklumat personel, IPA JPN dan program yang berkaitan dengan pelaksanaan Operasi Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

 

(b)       Menyelaras, mengurus dan mengawal selia pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan dan pentadbiran serta tadbir  urus ICT SPI dan IPA KPM

(i)         Menyelaras dan mengurus hal ehwal pengurusan dan pentadbiran SPI.

(ii)        Menyelaras dan mengurus hal ehwal perkhidmatan personel di SPI dan IPA.

(iii)       Menyelaras dan mengurus hal ehwal kewangan dan akaun SPI dan IPA.

(iv)       Menyelaras dan mengurus  sistem aplikasi ICT / portal.

 

 


Fungsi 2: Pengurusan Institusi Pendidikan Agama:

(a)       Menyelaras dan mengurus keperluan serta pengoperasian IPA JPN  dari aspek pentadbiran sekolah, pengurusan guru, dan murid serta  serta penyelarasan Kelas Aliran Agama (KAA)

 (i)       Menyelaras, mengurus dan menilai urusan pentadbiran IPA dan pelaksanaan operasi yang berkaitan dengannya

(ii)       Menyelaras, mengurus dan menilai pelaksanaan urusan kurikulum agama di IPA

(iii)      Menyelaras, mengurus dan menilai pelaksanaan urusan hal ehwal murid, sukan dan kokurikulum di IPA

(iv)      Menyelaras, mengurus dan menilai pelaksanaan urusan hal ehwal Guru IPA

(v)       Menyelaras, mengurus dan menilai pelaksanaan urusan KAA.

 

(b)       Menyelaras dan mengurus institusi bagi pelaksanaan program  pembangunan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dalam aspek  penyelidikan dan pendokumentasian

 (i)       Menyelaras, mengurus dan menilai aktiviti penyelidikan terhadap pelaksanaan Dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta menilai pencapaiannya di pelbagai peringkat di bawah JPN

(ii)       Mengurus dan menilai aktiviti penjanaan idea, penataran dan penyebarluasan dapatan kajian mengenai Pendidikan Islam dan Bahasa Arab melalui kursus, seminar, konvensyen dan bengkel

 

(c)        Menyelaras, mengurus dan menilai bantuan perolehan, penyediaan perkhidmatan dan pembangunan IPA JPN dan bantuan SAR KAFA serta Institusi  Pendidikan yang melaksanakan program Pendidikan Islam

 (i)        Menyelaras, mengurus dan menilai bantuan perolehan dan penyediaan perkhidmatan di  IPA JPN dan Institusi Pendidikan yang melaksanakan program pendidikan Islam.

(ii)        Menyelaras, mengurus dan menilai bantuan pembangunan fizikal IPA dan Institusi Pendidikan yang melaksanakan program pendidikan Islam.

(iii)       Menyelaras, mengurus dan menilai bantuan kewangan kepada SAR yang melaksanakan kurikulum KAFA.

 


 

Fungsi 3: Operasi Dakwah dan Kepimpinan:

(a)       Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai   pelaksanaan dasar dan operasi program dakwah dan kepimpinan  untuk Murid, Guru, Pegawai dan Kakitangan JPN

 (i)       Menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program dakwah Islamiah dan operasi Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia (MAKDIS).

(ii)       Menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program kepimpinan Islam.

(iii)      Menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program kawalan akidah dan pemikiran Islam.

 

(b)       Menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai pelaksanaan program pengembangan syiar Islam dan pengukuhan budaya Islam kepada  Murid, Guru, Pegawai dan Kakitangan JPN

 (i)       Menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program pembangunan akhlak dan pengembangan syiar Islam.

(ii)       Menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program pengukuhan budaya dan nilai Islam.

 

Maklumat Lanjut sila ke Blogspot Sektor Pendidikan Islam

 


 

 

Kami mempunyai 152 tetamu dan tiada ahli di talian

© 2012 Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan » Kemaskini pada 20/01/2019
Paparan terbaik : Mozilla Firefox 15.0 / Google Chrome 23 dan ke atas (1200 x 800 pixels) | Menyokong Paparan Mobil

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian| Hakcipta

JPA SPP 

Peperiksaan 2019

pratetap
Gaya utama
Corak
Warna
Tukar
Text Size
Tetapan Lalai
Besarkan Saiz Teks
Kurangkan Saiz Teks
Blog KPM
Hubungi Kami Di Facebook
RSS Feed Kami