Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

Sektor ini terdiri daripada 5 unit:

•Unit Hal Ehwal Murid

•Unit Kokurikulum

•Unit Sukan

•Unit Pendidikan Pencegahan Dadah

•Pusat Kokurikulum

 

Carta Organisasi

 

Objektif Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

1. Memastikan semua perkhidmatan yang berkaitan dengan Hal Ehwal murid dapat disempurnakan mengikut tempoh yang telah ditetapkan .


2. Memastikan semua urusan kokurikulum, sukan dan permainan di peringkat negeri daerah dan sekolah disempurnakan mengikut takwim dan jadual yang telah diluluskan.


3. Memastikan urusan perkhidmatan yang berkaitan dengan bantuan murid iaitu Biasiswa, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), eKasih dan `One-Off’ disempurnakan mengikut tempoh yang ditetapkan.


4. Memastikan urusan penghantaran maklumat berkaitan data murid (SMM) dan data salahlaku pelajar (SSDM) ke Kementerian Pelajaran Malaysia disempurnakan mengikut tempoh yang ditetapkan.

 

5. Memastikan semua urusan kokurikulum di peringkat negeri, daerah dan sekolah disempurnakan mengikut takwin dan jadual yang diluluskan.

 

6. Memastikan aktiviti-aktiviti di Pusat KoKurikulum Negeri di laksanakan seperti perancangan .


7. Memastikan maklumat berhubung dengan keputusan ujian urin dan tindakan ke atas pelajar yang berisiko dimaklumkan kepada KPM mengikut tarikh      yang telah ditetapkan.


8. Memastikan semua arahan KPM dan JPN berkaitan sektor ini dapat disempurnakan mengikut perancangan dan peruntukan.

 

Fungsi

 

1. Unit Hal Ehwal Murid

A. Kaunseling

  1. Merancang dan melaksana penempatan kaunselor di sekolah-sekolah.
  2. Merancang, melaksana dan menilai program-program pembangunan latihan dan peningkatan profesionalisme.
  3. Memantau dan menyelia perkhidmatan Bimbingan Kaunseling di sekolah-sekolah.

B. Disiplin

i.          Mengurus kes rayuan bersekolah semula murid yang dibuang sekolah kerana kes disiplin

ii.         Menguruskan pengumpulan, pengabungan, menganalisis, membuat verifikasi dan laporan data disiplin dan keselamatan (SSDM, e-Kehadiran APDM, SPKS dan BPD)

iii.        Merancang dan menguruskan pemantauan dan laporan pemantauan disiplin

iv.        Merancang, mengurus dan menyelaras program pembangunan diri dan sahsiah murid.

v.         Merancang dan menguruskan taklimat / kursus kepada guru disiplin

vi.        Mengurus aduan, membuat siasatan dan pelaporan kes disiplin murid.

C. Kesihatan

  1. Penyelarasan penggabungan data Sistem Maklumat Murid (SMM) peringkat sekolah/daerah/negeri.
  2. Merancang, mengurus dan melaksana program-program kesihatan pelajar di sekolah di bawah program bersepadu sekolah sihat (PBSS) dan Program Susu 1Malaysia (PS1M).
  3. Memantau dan menyelia kantin-kantin sekolah seluruh negeri Kelantan.
  4. Merancang, melaksana dan menilai program 3K di sekolah.

 

D. Asrama

  1. Merancang, menyelia dan mengurus ABM asrama.
  2. Memantau, menyelia semua asrama harian.
  3. Merancang, mengurus dan menyelaras aktiviti dan program pelajar asrama di peringkat negeri dan kebangsaan.
  4. Merancang, mengurus dan mengelola kursus-kursus pemantapan

profesionalisme PK HEM, Warden , Pembantu Pengurusan Murid dan Penyelia asrama sekolah harian.

 

E. Skim Pinjaman Buku Teks

  1. Merancang dan  menyedia Anggaran Belanja Mengurus.
  2. Merancang, mengurus dan menyelaras bekalan buku teks ke sekolah-sekolah.
  3. Menyelia dan memantau pengurusan SPBT di peringkat sekolah dan daerah.

 

 

F. Kebajikan

  1. Merancang, mengurus dan menyelaras program bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).
  2. Merancang, mengurus dan menyelaras program Bantuan Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS).
  3. Melaksanakan program pemantauan Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS).
  4. Mengurus dan melaksanakan agihan Bantuan Khas Awal Persekolahan bagi sekolah rendah dan menengah sekolah-sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, sekolah agama negeri dan sekolah agama rakyat.
  5. Mengurus dan melaksanakan agihan Bantuan Baucar Buku 1Malaysia bagi pelajar tingkatan 6.
  6. Merancang, mengurus dan menyelaras program bantuan Jaket Keselamatan Pelajar.
  7. Merancang, mengurus dan menyelaras program Skim Takaful Perlindungan Diri Pelajar (TPSM) dan Skim Insuran Kemalangan di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD ).

G. Biasiswa

i.          Merancang, mengurus dan mengagih peruntukan untuk BKP2, BKP3, BKPUA dan BKPUS.

ii.         Mengurus dan menyelaras permohonan BKP2, BKP3, BKPUA dan BKPUS.secara atas talian melalui Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB).

iii.        Mengurus perpindahan keluar dan masuk penerima tertanggung dalam dan luar negeri.

iv.        Memantau dan menyelia pengurusan biasiswa di sekolah-sekolah menengah.

 

 

2. Pusat Kokurikulum

•Menyediakan kemudahan tempat untuk program dan aktiviti pendidikan luar bilik darjah murid-murid.

•Membantu pihak sekolah mengadakan aktiviti pendidikan luar bilik darjah bagi murid-murid dengan menyediakan kemudahan peralatan aktiviti dan khidmat jurulatih.

•Memberi latihan, kemahiran dan kepakaran kepada guru-guru dalam aspek pendidkan luar bilik darjah

 

3.Unit Sukan

3.1       PEMBANGUNAN SUKAN

  1. Merancang, mengurus, dan menyelaras strategi pelaksanaan serta kurikulum program  pemantauan pembangunan kepegawaian/kepengadilan,kejurulatihan dan atlet sukan di peringkat negeri sepanjang tahun.
  2. Merancang, mengurus dan menyelaras strategi pelaksanaan program peningkatan personal dalam pengurusan sukan kepada guru-guru,kakitangan sokongan  dan pelajar-pelajar.
  3. Mengenal pasti calon bagi sesuatu program yang dilaksanakan.
  4. Membuat kajian dan penilaian ke atas program-program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun.
  5. Bertanggungjawab dalam mengumpul,menyelaras, menganalisa maklumat penuh jurulatih dan atlet dalam merancang program pembangunan dan pengurusan
  6. Mengurus pelaksanaan Sekolah Sukan Negeri (SSN) berjalan mengikut  perancangan
  7. Mengurus pelaksanaan Pusat Latihan Daerah (PLD) bagi program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) berjalan mengikut perancangan

3.2       PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN (PKS)

  1. Merancang, mengurus, menyelia, menyelaras penggunaan kemudahan dan penyelenggaraan prasarana di Pusat Kecemerlangan Sukan.
  2. Merancang, mengurus, dan melaksanakan kurikulum program pembangunan kepegawaian/kepengadilan, kejurulatihan dan atlet menerusi kursus, bengkel, kem bakat, seminar, klinik, konvensyen dan program tindik.
  3. Menyelia/memantau PKS supaya berada di dalam keadaan yang selesa dan kondusif untuk menjalani latihan dan pertandingan.
  4. Mengenal pasti tapak  baru untuk membina prasarana sukan dalam RMK10.
  5. Mengenalpasti Jurulatih yang berkelayakan untuk ditempatkan di PLD (SPTS).

3.3       PENGURUSAN SUKAN

  1. Merancang, mengurus, menyelaras, dan melaksanakan penyediaan pasukan negeri bagi semua pertandingan di peringkat daerah, negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa.
  2. Merancang, mengurus, dan melaksanakan ABM bagi kewangan kerajaan.
  3. Merancang, mengurus, melaksana dan menyediakan personel, peraturan, kemudahan, keperluan, peralatan, dan jadual untuk setiap pertandingan sukan yang dikelolakan bagi sepanjang tahun bagi peringkat daerah, negeri, dan Kebangsaan.  Kebajikan atlet dan perkhidmatan kaunseling atlet juga diberi perhatian.
  4. Merancang, mengurus, melaksana dan menilai perlaksanaan program sukan untuk semua seperti sukan tahunan sekolah, merentas desa, sukantara, lari berganti-ganti dan sukan antara kelas.
  5. Merancang, mengurus, melaksana dan menilai perlaksanaan program sukan prestasi tinggi di sekolah, daerah, negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa.
  6. Merancang, mengurus, dan melaksana program pemantauan aktiviti yang dijalankan.

 

4. Unit Kokurikulum

  1. Bertanggungjawab kepada Bahagian Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Kelantan, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan bagi melaksanakan tugas program dan aktiviti kokurikulum. 
  2. Mengumpul dan menganalisis data kehadiran murid yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum. 
  3. Merancang dan mengatur aktiviti mengikut sub unit Pasukan Badan Beruniform, Kesenian dan Kebudayaan, Kokurikulum Akademik Bahasa, Matematik, Sains & Teknologi dan Kelab & Persatuan.
  4. Membantu, merancang, menyelaras dan menyelia penyediaan keperluan logistik bagi sesuatu program dan aktiviti.
  5. Melaksanakan pemantauan pengurusan kokurikulum sekolah rendah dan menengah.
  6. Mengadakan Kursus Kejurulatihan kepada guru mengikut bidang pengkhususan dalam bidang kokurikulum.

 

 

4.1       SUB UNIT PASUKAN BADAN BERUNIFORM

 

  1. Bertanggungjawab mengatur dan menyelaras semua aktiviti Pasukan Badan Beruniform yang dilaksanakan peringkat negeri.
  2. Merancang dan menjayakan kerjasama melaksanakan aktiviti Pasukan Badan Beruniform yang berkaitan dengan badan induk (GO) dan agensi luar (NGO). 
  3. Mengadakan penyeliaan dan pemantauan semua aktiviti Pasukan Badan Beruniform dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan. 
  4. Menyelaras dan mengelola program / kursus peningkatan kepimpinan di kalangan murid.
  5. Bertanggungjawab membentuk pasukan mewakili negeri ke pertandingan dan program peringkat kebangsaan.

 

4.2       SUB UNIT KESENIAN & KEBUDAYAAN

 

  1. Bertanggungjawab mengatur dan menyelaras semua aktiviti kesenian dan kebudayaan yang dilaksanakan peringkat negeri. 
  2. Membina bakat dan minat murid dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan melalui program yang dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah dan negeri. 
  3. Mengelolakan kegiatan kebudayaan dan kesenian melalui aktiviti Kesenian dan Muzik.
  4. Mengadakan kerjasama dengan agensi luar termasuk JKKM, Jabatan Pelancongan Negeri, DBP dan Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan dalam bidang kesenian dan kebudayaan.

 

4.3         SUB UNIT KOKURIKULUM AKADEMIK BAHASA

 

  1. Mengelola Program dan Aktiviti Peningkatan Penggunaan Bahasa melalui Kegiatan Kokurikulum Akademik Bahasa. 
  2. Menyemai minat murid menyintai bahasa melalui aktiviti kokurikulum.
  3. Membantu perkembangan personaliti murid melalui kegiatan kokurikulum di sekolah.
  4. Mengadakan kerjasama dengan agensi luar termasuk Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

4.4         SUB UNIT MATEMATIK, SAINS & TEKNOLOGI

 

  1. Menyelaras dan mengelola Program Penggalakan Sains, Teknologi dan Matematik 
  2. Mencetus budaya rekacipta dan inovasi berunsurkan tema suria di peringkat sekolah lagi. 
  3. Menyediakan aktiviti atau program merentas kurikuluim dengan pengabung jalinan dalam bidang Sains, Matematik.
  4. Mengadakan kerjasama dengan agensi luar seperti Pusat Sains Negara termasuk program F1 dan Robotik.

 

4.5        SUB UNIT KELAB & PERSATUAN

 

  1. Menyelaras aktiviti kelab dan persatuan dilaksanakan dengan kerjasama NGO dan agensi luar seperti Nestle, Maggi, Jabatan Alam Sekitar.
  2. Menyelaras dan memantau program pembangunan dan pengembangan Kegiatan Pendidikan Luar. 
  3. Menyelaras program pertukaran murid antarabangsa. 

 

5. Unit Pendidikan Pencegahan Dadah

 

  1. Merancang, menyelaras, memantau dan menilai semua program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah di peringkat Negeri, Zon dan Sekolah. 
  2. Mengawal selia perkembangan masalah dadah semasa di sekolah dengan mengumpulkan data dan maklumat yang berkaitan dengan Pendidikan Pencegahan Dadah.
  3. Mengadakan lawatan penyeliaan ke sekolah-sekolah untuk memastikan program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah berjalan sebagaimana dirancangkan.
  4. Menyelaraskan kursus-kursus kejurulatihan untuk memantapkan jentera pelaksana program di peringkat Negeri, Zon dan sekolah serta menganjurkan kursus-kursus bina insan yang berkaitan dengan Pendidikan Pencegahan Dadah di kalangan pelajar di sekolah-sekolah negeri Kelantan.
  5. Bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti  Agensi Dadah Kebangsaan, Bahagian Narkotik Polis Diraja Malaysia ( PDRM ), Jabatan Kesihatan,PEMADAM, dan badan lain yang berkaitan dengan program Pendidikan Pencegahan Dadah.

 

 

Kami mempunyai 85 tetamu dan tiada ahli di talian

© 2012 Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan » Kemaskini pada 20/01/2019
Paparan terbaik : Mozilla Firefox 15.0 / Google Chrome 23 dan ke atas (1200 x 800 pixels) | Menyokong Paparan Mobil

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian| Hakcipta

JPA SPP 

Peperiksaan 2019

pratetap
Gaya utama
Corak
Warna
Tukar
Text Size
Tetapan Lalai
Besarkan Saiz Teks
Kurangkan Saiz Teks
Blog KPM
Hubungi Kami Di Facebook
RSS Feed Kami