Sektor Psikologi dan Kaunseling

  • Cetak

 

Carta Organisasi

 

Pengenalan

Pengurusan tenaga manusia adalah aspek penting dalam sesebuah organisasi. Melalui perkhidmatan psikologi kaunseling yang  merupakan  salah satu aspek pengurusan sumber manusia, perkhidmatan ini mampu membantu seseorang menghindarkan diri mereka daripada terjerumus dalam pelbagai masalah peribadi,  kerjaya, keluarga dan hubungan interpersonal.  Perkhidmatan Sektor psikologi dan kaunseling adalah bermatlamat untuk;

 

  • Mengurus perkhidmatan psikologi dan kaunseling berkesan dan berkualiti bagi melahirkan insan cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Melengkapkan sistem perkhidmatan pendidikan dengan memberikan penekanan terhadap perkembangan psikologi dan kematangan emosi kepada warga pendidikan.
  • Melaksanakan program penyelidikan dan perkembangan ilmu bagi memantapkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling.

 

Objektif

  • Menyediakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan kaunselor organisasi ke tahap optimum dan berterusan
  • Menyediakan pendidikan kesejahteraan mental dan fizikal kepada warga KPM.
  • Melaksanakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling berteraskan etika dan menepati peruntukan perundangan.
  • Melestarikan kelangsungan Perkhidmatan Kaunseling kepada stake-holder.

 

Fungsi

  • Memberikan perkhidmatan kaunseling, psikologi dan konsultasi secara profesional berdasarkan Akta Kaunselor 1998 ( Akta 580 ).
  • Merancang dan melaksanakan program pertumbuhan dan perkembangan, pencegahan, intervensi dan pemulihan bagi warga Pendidikan Kelantan.
  • Melaksanakan penyeliaan dan pemantauan terhadap guru-guru dan kakitangan berkeperluan khas yang menghadapi masalah perkhidmatan dan membuat intervensi dalam mengurus Jawatan Kumpulan ( POOL ) dan pencen.
  • Membuat penyelidikan dan membangunkan modul-modul yang berkait dengan bidang psikologi dan kaunseling untuk kegunaan jabatan dan kementerian dalam membangunkan sumber manusia secara optimum. 
  • Mengendalikan pengurusan intervensi Dasar Pemisah (Exit Policy) berpandukan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015 – Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy)

 

Visi

Menjadikan Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Cemerlang Bertaraf Dunia

 

Misi

Meletakkan Perkhidmatan Psikologi Dan Kaunseling Sebagai Antara Teras Melahirkan Warga Pendidikan Yang Cemerlang Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Negara.

 

 

 

Tetapan Lalai
Besarkan Saiz Teks
Kurangkan Saiz Teks
Blog KPM
Hubungi Kami Di Facebook
RSS Feed Kami