Sejarah

Sejarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan bermula apabila Pengarah yang pertama (dahulunya dipanggil Penguasa Pelajaran) iaitu Encik Mohd Ghazali B. Mohd Ariffin dilantik pada tahun 1922. Beliau kemudiannya dianugerah dengan gelaran Dato' Bentara Luar dan bertugas sehingga tahun 1930. Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan yang pertama terletak di bangunan yang dikenali dengan nama "Office Panjang", iaitu sebuah bangunan berhampiran dengan Istana Kota Lama.

Kemudian dalam tahun 1930, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan berpindah ke bangunan yang dikenali dengan nama "Office Pohon Celagi" di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Bermula pada tahun 1922 hingga sekarang, Jabatan Pendidikan Kelantan telah diketuai oleh dua puluh lima (25) orang Pengarah yang terdiri daripada tiga belas (13) orang berbangsa Melayu, sepuluh (10) orang berbangsa Inggeris dan dua (2) orang berbangsa Cina.

Sejak dari zaman penjajahan hingga ke hari ini, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan telah berusaha meningkatkan mutu pendidikan negeri  ini selaras dengan Dasar Falsafah Pendidikan Negara. Bagi menyokong dasar ini, lima (5) Pejabat Pendidikan Daerah telah diwujudkan, kemudian menjadi tujuh (7) dan seterusnya pada tahun 2007, Pejabat Pendidikan Daerah menjadi sepuluh (10) buah Pejabat Pendidikan Daerah iaitu Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas, Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat, Pejabat Pendidikan Daerah Bachok, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh, Pejabat Pendidikan Daerah Machang, Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah, Pejabat Pendidikan Daerah Jeli dan Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang.

Pada tanggal 5 Jun 2014, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan secara rasminya menerima kunci bangunan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan yang baharu. Pada 15 Jun 2014, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan telah berpindah dan beroperasi sepenuhnya ke bangunan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan di bandar Tunjong. Perpindahan ini melibatkan enam (6) sektor iaitu Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, Sektor Pengurusan Sekolah, Sekolah Pengurusan Akademik, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Sektor Jaminan Kualiti dan Sektor ICT. Manakala empat (4) lagi sektor masih berada di bangunan persekutuan di bandar Kota Bharu iaitu Sektor Penilaian Peperiksaan, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Islam dan Sektor Psikologi dan Kaunseling.

 

Kami mempunyai 28 tetamu dan tiada ahli di talian

© 2012 Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan » Kemaskini pada 25/5/2017
Paparan terbaik : Mozilla Firefox 15.0 / Google Chrome 23 dan ke atas (1200 x 800 pixels) | Menyokong Paparan Mobil

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian| Hakcipta

Peperiksaan 2017

pratetap
Gaya utama
Corak
Warna
Tukar
Text Size
Tetapan Lalai
Besarkan Saiz Teks
Kurangkan Saiz Teks
Blog KPM
Hubungi Kami Di Facebook
RSS Feed Kami