Piagam Pelanggan

  • Cetak

KAMI warga Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami agar :

  1. Semua kanak-kanak, mengikut umur yang ditetapkan, mendapat tempat belajar mulai hari pertama sesi persekolahan.
  2. Penempatan guru-guru dan Anggota Kakitangan Pelaksana (AKP) ke sekolah-sekolah tidak lewat dari tiga puluh (30) hari setelah menerima senarai mereka yang layak dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
  3. Semua sekolah dibekalkan dengan keperluan secukupnya satu minggu sebelum sesi persekolahan bermula.
  4. Bayaran bil dan invois diproses oleh jabatan tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh bekalan atau perkhidmatan yang diterima.
  5. Urusan perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi pelantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain diurus mengikut pekeliling perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa.
  6. Cadangan pengisian kekosongan jawatan Pengetua, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan diperakukan dalam tempoh satu bulan sebelum berlaku kekosongan.
  7. Peperiksaan awam dilaksanakan secara adil, sahih, amanah dan mematuhi semua peraturan keselamatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.    
  8. Jabatan sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dengan mengamalkan pengurusan pelanggan berdasarkan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7.
  9. Sistem Pengurusan Kualiti (SPK MS ISO 9001:2008) diamalkan di semua peringkat tanpa Non Conformance Report (NCR).
  10. Jurang pencapaian pendidikan dan kemajuan akademik antara sekolah dapat dirapatkan.
  11. Semua murid yang hadir ke sekolah berada di dalam keadaan selamat dan kondusif.

 

 

Tetapan Lalai
Besarkan Saiz Teks
Kurangkan Saiz Teks
Blog KPM
Hubungi Kami Di Facebook
RSS Feed Kami