Piagam Pelanggan

KAMI warga Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami agar :

  1. Semua kanak-kanak, mengikut umur yang ditetapkan, mendapat tempat belajar mulai hari pertama sesi persekolahan.
  2. Penempatan guru-guru dan Anggota Kakitangan Pelaksana (AKP) ke sekolah-sekolah tidak lewat dari tiga puluh (30) hari setelah menerima senarai mereka yang layak dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
  3. Semua sekolah dibekalkan dengan keperluan secukupnya satu minggu sebelum sesi persekolahan bermula.
  4. Bayaran bil dan invois diproses oleh jabatan tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh bekalan atau perkhidmatan yang diterima.
  5. Urusan perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi pelantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain diurus mengikut pekeliling perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa.
  6. Cadangan pengisian kekosongan jawatan Pengetua, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan diperakukan dalam tempoh satu bulan sebelum berlaku kekosongan.
  7. Peperiksaan awam dilaksanakan secara adil, sahih, amanah dan mematuhi semua peraturan keselamatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.    
  8. Jabatan sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dengan mengamalkan pengurusan pelanggan berdasarkan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7.
  9. Sistem Pengurusan Kualiti (SPK MS ISO 9001:2008) diamalkan di semua peringkat tanpa Non Conformance Report (NCR).
  10. Jurang pencapaian pendidikan dan kemajuan akademik antara sekolah dapat dirapatkan.
  11. Semua murid yang hadir ke sekolah berada di dalam keadaan selamat dan kondusif.

 

2016

 

 Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan April-Jun 2016

Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Jan-Mac 2016

2015

 Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Oktober-Disember 2015

Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Julai-September 2015

Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan April-Jun 2015

Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Jan-Mac 2015

 

2014

 Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Oktober-Disember 2014

Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Julai-Sept 2014

 Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan April-Jun 2014

 Pencapaian Piagam Pelanggan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Jan-Mac 2014

 

Kami mempunyai 42 tetamu dan tiada ahli di talian

© 2012 Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan » Kemaskini pada 08/12/2017
Paparan terbaik : Mozilla Firefox 15.0 / Google Chrome 23 dan ke atas (1200 x 800 pixels) | Menyokong Paparan Mobil

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian| Hakcipta

Peperiksaan 2017

pratetap
Gaya utama
Corak
Warna
Tukar
Text Size
Tetapan Lalai
Besarkan Saiz Teks
Kurangkan Saiz Teks
Blog KPM
Hubungi Kami Di Facebook
RSS Feed Kami