Kata Aluan

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, Portal rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan yang baharu berjaya dilancarkan pada 22 November 2012. Sekalung tahniah buat Jawatankuasa yang terlibat dalam tugas ini selari dengan keperluan masa kini yang membolehkan penyebaran maklumat yang cepat dan tepat tentang jabatan kita dapat dilaksanakan.

Hakikatnya, portal umpama e-kaunter pelanggan yang membolehkan para pelanggan, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan serta orang awam bebas untuk mendapatkan berita terkini, aktiviti yang dianjurkan dan maklumat yang berguna bagi memperkasakan lagi sistem pendidikan di negeri kita ini. Selain itu juga, portal juga berupaya membina jaringan antara institusi-institusi yang terlibat dalam bidang pendidikan di seluruh Malaysia. Tahniah buat pejabat - pejabat pendidikan daerah dan sekolah - sekolah kita yang telah pun berjaya membina portal atau laman web mereka sendiri. Saya amat berharap agar usaha ini turut dicontohi oleh institusi - institusi pendidikan di negeri Kelantan yang masih lagi belum berjaya untuk berbuat demikian bagi merapatkan lagi jurang antara kita semua.

Tahniah juga buat warga Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, warga pendidik serta mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan di seluruh negeri Kelantan yang setia berkhidmat untuk agama, bangsa dan tanah air. Sesungguhnya, di tangan kitalah diletakkan tanggungjawab oleh seluruh rakyat Kelantan khasnya untuk mencorakkan anak bangsa yang bukan sekadar cemerlang dalam bidang akademik bahkan berakhlak mulia dan berbudi pekerti yang tinggi. Dalam hal ini, kita adalah model utama untuk diteladani.

Akhir kata, ikhlaskanlah niat kita dalam bekerja, kerana beban yang berat untuk mendidik anak bangsa kita akan menjadi sederhana dengan niat yang ikhlas. Semoga dengan keikhlasan, kesungguhan, pengetahuan dan teknologi yang disatupadukan mampu untuk memastikan bahawa 'Tiada Hasil Kecuali Kecemerlangan'.

 

HJ.JAAFAR BIN ISMAIL

Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

 

Kami mempunyai 12 tetamu dan tiada ahli di talian

© 2012 Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan » Kemaskini pada 25/5/2017
Paparan terbaik : Mozilla Firefox 15.0 / Google Chrome 23 dan ke atas (1200 x 800 pixels) | Menyokong Paparan Mobil

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian| Hakcipta

Peperiksaan 2017

pratetap
Gaya utama
Corak
Warna
Tukar
Text Size
Tetapan Lalai
Besarkan Saiz Teks
Kurangkan Saiz Teks
Blog KPM
Hubungi Kami Di Facebook
RSS Feed Kami