MINGGU SEMAKAN HRMIS – MODUL PENGURUSAN REKOD PERIBADI

13 Ogos 2017

MINGGU SEMAKAN HRMIS – MODUL PENGURUSAN REKOD PERIBADI

Sukacita dimaklumkan bahawa Minggu Semakan HRMIS – Modul Pengurusan Rekod Peribadi akan dilaksanakan bermula 13 hingga 17 Ogos 2017 (Ahad hingga Khamis).

Sepanjang minggu tersebut, semua pegawai dan kakitangan dikehendaki menyemak dan mengemaskini maklumat peribadi masing-masing melalui Modul Pengurusan Rekod Peribadi di dalam sistem HRMIS. Pelaksanaan minggu semakan HRMIS ini melibatkan semua warga Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan termasuklah di Pejabat-Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah-Sekolah seluruh Negeri Kelantan. Surat siaran Rujukan JPKn/SKPP/1311/03/01JLD.6 bertarikh 10 Ogos 2017 telah diedarkan kepada semua Sektor dan PPD. Sebarang persoalan lanjut, tuan/puan adalah dimohon untuk merujuk kepada Pentadbir HRMIS organisasi masing-masing. Terima Kasih.

Untuk rujukan manual pengemaskinian rekod peribadi, sila klik di sini.

 

pratetap
Gaya utama
Corak
Warna
Tukar
Text Size
Tetapan Lalai
Besarkan Saiz Teks
Kurangkan Saiz Teks
Blog KPM
Hubungi Kami Di Facebook
RSS Feed Kami