Garis panduan penulisan artikel Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 14 untuk tahun 2013
Berikut adalah garis panduan penulisan artikel Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 14 untuk tahun 2013:
- Artikel berbentuk laporan penyelidikan yang terkini dengan abstrak tidak melebihi 120 perkataan serta 5 kata kunci.
- Artikel belum pernah diterbitkan dalam apa jua penerbitan di dalam atau di luar negara
- Panjang artikel hendaklah antara 3000-5000 patah perkataan
- Artikel wajib ditaip di atas kertas A4 dalam jarak langkau satu (single spacing) menggunakan huruf Times New Roman bersaiz 12.
- Penulisan artikel adalah mengikut format berdasarkan system penulisan APA (American Psychological Association) edisi terkini.
- Artikel hendaklah dihantar dalam bentuk salinan bercetak (hard copy) dan salinan lembut (soft copy) dalam bentuk emel dan CD.
- Penghantaran artikel hendaklah disertakan dengan alamat surat menyurat, emel, nombor telefon pejabat dan nombor telefon bimbit.
- Artikel hendaklah dihantar kepada:
Ketua Urusetia Jurnal Penyelidikan Pendidikan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Aras 2 Parcel E8, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p: Dr Maimunah Muda)
Sebarang pertanyaan sila hubungi Dr Maimunah Muda di talian 03 88846593 dan Puan Nasithah Abd Hamid di talian 03 88846567 atau emel Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. .
Kami mempunyai 75 tetamu dan tiada ahli di talian
© 2012 Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan » Kemaskini pada 20/01/2019
Paparan terbaik : Mozilla Firefox 15.0 / Google Chrome 23 dan ke atas (1200 x 800 pixels) | Menyokong Paparan Mobil