PERTANDINGAN LAMAN WEB PERINGKAT SEKOLAH

  • Cetak

5 OGOS 2018

PERTANDINGAN LAMAN WEB PERINGKAT SEKOLAH SEMPENA PROGRAM PEMBANGUNAN SAINS DAN TEKNOLOGI NEGERI KELANTAN TAHUN 2018/1439H

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Negeri Kelantan akan menganjurkan Pertandingan Laman Web Peringkat Sekolah sempena Program Pembangunan Sains dan Teknologi Negeri Kelantan Tahun 2018/1439H.

3.  Sehubungan dengan itu, pihak YM Tengku/tuan dipohon untuk memanjangkan perkara ini ke sekolah-sekolah di bawah seliaan YM Tengku/tuan.  Bersama-sama ini dilampirkan Garis Panduan Pertandingan dan Borang Penyertaan untuk makluman dan tindakan pihak tuan sewajarnya.  Borang Penyertaan juga boleh didapati melalui Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan di alamat http://www/kelantan.gov.my.

4.  Untuk makluman YM Tengku/tuan, maklumbalas penyertaan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan selewat-lewatnya pada 9 Ogos 2018/27 Zulkaedah 1439H di alamat berikut :

Urusetia Pertandingan Laman Web Peringkat Sekolah
Sempena Program Pembangunan Sains dan Teknologi
Peringkat Negeri Kelantan 2018/1439H
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat
Aras 1, Blok 6, Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu, Kelantan.

Faks : 09-7430504
Emel : Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

 

Tetapan Lalai
Besarkan Saiz Teks
Kurangkan Saiz Teks
Blog KPM
Hubungi Kami Di Facebook
RSS Feed Kami