LATIHAN 7 HARI

3 Januari 2016

Keperluan Latihan Tujuh (7) Hari Berkursus

Mesyuarat Panel Pengurusan Sumber Manusia (Latihan) yang dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Dr. KSU pada 27 Mac 2015 telah memutuskan bahawa semua warga kerja KPM perlu memenuhi syarat sekurang-kurangnya tujuh (7) hari latihan setahun.
 
 
Semua Ketua Jabatan/Sektor/PPD/Pengetua/Guru Besar dan Penyelaras Latihan/SULDP perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan arahan ini dipatuhi. Selain kaedah konvensional latihan iaitu berkursus, kaedah blended training approach boleh digunakan bagi tujuan ini seperti pembacaan buku, pembelajaran kendiri melalui EPSA dan juga sesi perkongsian ilmu.
 
Pohon kerjasama untuk memastikan semua warga kerja masing-masing mematuhi sasaran ini. Kegagalan memenuhi sasaran akan menyebabkan Surat Tunjuk Sebab perlu dikeluarkan kepada Ketua Jabatan/Sektor/PPD/Pengetua/Guru Besar.
 
Terima kasih atas kerjasama.
 
Urusetia PPSM(Latihan)
Kementerian Pendidikan Malaysia

pratetap
Gaya utama
Corak
Warna
Tukar
Text Size
Tetapan Lalai
Besarkan Saiz Teks
Kurangkan Saiz Teks
Blog KPM
Hubungi Kami Di Facebook
RSS Feed Kami