Promosi Jurnal Penyelidikan
16 Mei 2013
Promosi Jurnal Penyelidikan
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia akan menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 14 untuk tahun 2013. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini menjemput semua pegawai di bawah institusi pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia yang berminat untuk menyumbang artikel berbentuk penyelidikan atau penilaian pendidikan bagi tujuan penerbitan jurnal tersebut. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Mei 2013.