21 Mei 2013
Kementerian Pelajaran Malaysia telah dijemput untuk menghadiri Persidangan dan Pameran ‘The Digital Education Show Asia’(DESA) 2013 anjuran Multimedia Development Corporation(MDeC) dengan kerjasama Terrapinn Pte. Ltd. yang akan diadakan pada 27 dan 28 Mei 2013 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.
Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama peserta konferen yang terdiri daripada pegawai pendidikan dan guru-guru serta sekolah-sekolah menengah dan rendah yang terlibat dengan persidangan tersebut.